Ikuti Blog ini

Kerajaan Nizar Bersidang Di Bawah Pokok

Pelik tapi benar. Itulah hakikatnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang telah dirampas kuasanya secara biadab oleh UMNO-BN terpaksa menjalankan persidangan tergempar di bawah pokok yang terletak beberapa meter dari Bangunan Kerajaan perak Darul-Ridzuan pagi ini.

Bangunan yang telah dikepung oleh anggota Polis sejak petang semalam dipercayai dengan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini tidak dapat dimasuki oleh Nizar dan lain-lain ADUN yang sepatutnya mengadakan sidang tergemparnya di situ.

Sivakumar cuba diperangkap oleh perencanaan jahat apabila hanya Sivakumar dibenarkan masuk ke bangunan tersebut. Namun Sivakumar enggan sebaliknya meninggalkan bangunan tersebut bersama-sama ADUN Pakatan Rakyat untuk meneruskan persidangan di satu kawasan lapang - kawasan dimana semua rakyat dapat melihat perjalanan dewan.

Dunia menyaksikan detik bersejarah itu tadi apabila lensa TV seluruh dunia - CNN, BBC, Al-Jazeera dan lain-lain menghalakan lensa kamera mereka ke persidangan yang berlansung akibat kebiadaban dan kezaliman kerajaan UMNO-BN yang tidak cukup merampas kuasa, kini memperkudakan segala jentera seperti polis, pegawai pentadiran bangunan. setiausaha kerajaan dan lain-lain untuk menafikan hak kerajaan sah Pakatan Rakyat dari menggunakan dewan undangan negeri yang terletak di bangunan Kerajaan Perak Darul-Ridzuan.

Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

Yang pasti kesemua pihak yang terlibat di dalam konspirasi rampasan kuasa di perak tetap akan menerima penghinaan dan kutukan sejarah zaman berzaman.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .