Ikuti Blog ini

Hidangan Tengah Hari Dato’ Seri Nizar


Bukit Gantang – Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin hanya makan mee rebus untuk hidangan makan tengah hari.


Ia pastinya berbeza dengan calon dan pimpinan Barisan Nasional.

Beliau yang ditemui bersama rakyat di kampung Jelutong tengah hari tadi mengambil kesempatan sedikit masa terluang untuk singgah disebuah kedai.


Wartawan Buletinonline berkesempatan menjamah hidangan tengah hari yang sama bersama calon PAS tersebut.


Sambil makan, beliau sempat menjawab beberapa soalan media yang turut hadir.


Beliau berkata sehingga kini sebanyak 50% dari keseluruhan pengundi parlimen Bukit Gantang telah beliau temui.


Walaupun merasa agak letih namun katanya, tidak ada apa yang lebih mengembirakannya selain memperjuangkan hak rakyat.


“ Menyedarkan rakyat tentang hak-hak mereka untuk mengundi dan memilih kerajaan secara bebas,” kata Nizar apabila ditanya, apakah seruan yang beliau sampaikan kepada para pengundi sepanjang waktu berkempen ini.


Sebelum itu beliau telah menunaikan solat jumaat bersama jamaah di masjid kampung Senduk Changkat Ibol.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .