Ikuti Blog ini

HISHAM MENTERI DALAM NEGERI, POLIS AKAN PAKAI KERIS???

Semasa Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi Ketua Pemuda Umno beliau sering menggunakan keris sebagai simbol perjuangan pemuda Umno.

Beliau akan tampil di pentas dengan menghunus keris dan menciumnya. Malah semasa perhimpunan pemuda umno terakhirnya hujung bulan lepas beliau sekali lagi menghunus keris dan keris itu dihadiahkan oleh pemuda Umno kepada beliau.


Begitulah konon hebatnya semangat 'melayu' dan kepahlawanan beliau. Namun dalam isu bahasa Melayu beliau tetap menghina bahasa Melayu dengan mempertahankan PPSMI.
Semua orang tahu keris merupakan simbol senjata orang melayu purba kala. Cerita-cerita purba zaman P Ramlee memang diminati dan keris menjadi senjata utama. Antara keris legenda adalah Taming Sari dan lain-lain. Malah menara yang dibina di Melaka diberikan nama Taming Sari iaitu keris yang diterima oleh Hang Tuah atas kehebatannya membunuh pahlawan Majapahit ketika bertikam di hadapan Raja Majapahit dan Sultan Melaka di Istana Raja Majapahit.

Kini Hishamuddin diamanahkan oleh sepupunya Memanda Menteri Perdana, Tok Najib dengan jawatan Menteri Dalam Negeri. Mungkinkah selepas ini Hisham akan mengarahkan semua Polis memakai Keris yang diselitkan ditengah-tengah perut dan pistol dipinggang.

Jika Hishamuddin terlupa, mungkin beliau boleh mempertimbangkan cadangan saya ini. Saya mencadangkan perkara ini selepas mendapat sms dari rakan blogger, Hasbullah Pit yang bertanya kepada saya mungkinkah polis akan bawa keris? itu ayat dalam sms yang dihantar kepada saya sekejap tadi.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .