Ikuti Blog ini

Senario Terbaru Politik Negara, Trend Golongan Artis Sertai Dan Sokong Pakatan Rakyat Bakal Menarik Generasi Muda Buat Perubahan !!

Nampaknya pengaruh Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR semakin diterima oleh rakyat Malaysia. Selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam empat pilihanraya kecil berturut-turut, bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Penyertaan dan sokongan rakyat terutamanya golongan muda kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja bagi mereka dikalangan orang biasa, malah trend ini menular dikalangan artis-artis tempatan.


Biarpun sebelum ini mereka tidak membuat kenyataan secara rasmi namun ternyata ramai artis, juruhebah radi0 dan mereka yang terlibat dengan industri hiburan mula berjinak-jinak dengan PAS atau PKR. Sebelum ini kita mendengar penyanyi lagu-lagu blues yang pernah popular bersama kumpulan "Blues Gang" iaitu Ito secara terbuka menyokong Anwar Ibrahim.


Malahan beliau pernah menerbitkan sebuah album yang bertajuk "keadilan" yang ditujukan khas kepada Anwar diawal kebangkitan reformasi dulu. Selepas Ito, kita ada juga mendengar artis seperti Nasir Jani dan lain-lain lagi.


Ustaz Akil Hayy D.Riyadh dan Ito Blues Gang awal-awal lagi sudah
menyokong dan sertai Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)


Itu belum termasuk bekas vokalist kumpulan D'Riyadh iaitu Akil Hayy yang pernah menjadi penceramah popular parti PAS. Terbaru, kita mendengar bekas penyanyi kumpulan nasyid popular Brothers iaitu Yassin membuat persembahan di Kongres Nasional Keadilan tahun lalu.


Persembahan yang menimbulkan kontroversi itu akhirnya membawa kepada pengakuan terbuka Yassin bahawa beliau memang menyokong Parti Keadilan Rakyat sejak sekian lama.


Artis Nasyid, Yassin bekas vokalist kumpulan Brothers ketika mengadakan
persembahan dipersidangan AMK Kongres Nasional Keadilan tahun lalu.


Renggo Arrow Secara Rasmi Sertai PAS


KOTA BHARU - Dan kini senario sokongan golongan artis semakin menjadi-jadi dan menampakkan petanda yang cukup baik kepada Pakatan Rakyat. Terbaru seorang lagi artis iaitu Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, yang popular dengan lagu hits "Tak Suka Tak Apa","Niat Hati Tak Nak Berpisah" dan banyak lagi mengumumkan secara rasmi menyertai parti PAS dan turut menyerahkan borang keanggotaan parti itu kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan. Beliau berbuat demikian di Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas PAS Kelantan hari ini.


Tahniah, Renggo Arrow yang popular dengan lagu "Tak Suka Tak Apa",
"Niat Hati Tak Nak Berpisah" kini secara rasmi sertai PAS



Amy Search Nafikan Sudah Sertai PAS


Sementara itu dalam majlis yang sama Ikon rock negara, Amy Search, menafikan beliau telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti itu. Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, berbuat demikian hari ini.


"Tidak...saya belum menyertai Pas dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo. "Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai Pas," katanya.


Imej Islamik Amy Search, bakal menarik golongan muda berminat
menyertai parti PAS sebenarnya. Kanan, bersama Nik Aziz



Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan. Beliau berkata, atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia adalah satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular kumpulan mereka suatu ketika dulu.


Tok Guru Nik Aziz Menangis Dengar Amy Menyanyi


Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. "Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya. Beliau berkata, untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. "Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya.


[Jika trend ini terus berlarutan sehingga pilihanraya umum ke-13 akan datang, maka kami yakin satu perubahan besar akan berlaku dalam politik tanahair. Tambahan pula Pakatan Rakyat kini sememangnya sudah melekat dihati rakyat terutamanya golongan muda. Justeru itu dengan berita lebih dua juta pengundi muda layak mengundi dalam pilihanraya umum itu nanti, besar kemungkinan kerajaan pusat juga akan bertukar tangan dalam apa cara sekali pun.


Inilah yang sepatutnya digusarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Namun mereka masih terus alpa dan tidak berbuat sesuatu bagi membendung pengaruh "blog" yang semakin menular sekarang ini. Malah di Pahang sendiri boleh dikatakan UMNO begitu ketinggalan dalam hal ini dan tidak yakin serta takut untuk menyediakan blog masing-masing. Jika keadaan ini dibiarkan, lama kelamaan mereka akan terus ketinggalan dari segi sokongan golongan muda. Malah dikalangan artis dan pengiat industri hiburan sendiri pun, kami nampak jelas mereka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat].



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .