Ikuti Blog ini

Kenduri Kesyukuran PRK059 Di Permatang Raja



Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datin Seri Fatimah Taat hadir ke majlis kenduri kesyukuran di kampung Permatang Raja malam tadi. Turut serta ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa dan YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Nordin. Lebih 500 penduduk pelbagai kaum hadir menikmati jamuan dan mendengar ucapan tiga tetamu utama tersebut.

Dalam ucapannya, ahli Parlimen Bukit Gantang itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus berkempen untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Kemenangan ini memberikan kekuatan kepada rakyat negeri Perak dalam usaha mengembalikan kerajaan negeri Perak kepada mandat rakyat.

Dato' Seri Nizar meninggalkan majlis pada pukul 11.15 malam untuk menghadiri satu lagi majlis kesyukuran di kampung Sungai Baru, Sungai Kerang yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang.






kemenangan-rakyat




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .