
Harap-harap 3 PRK tu bagi banyak pengajaran, pedoman dan semangat untuk ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat terus berjuang.
Aku takmau cerita bab Kedah dan Sarawak pasai aku tek reti, takdak maklumat. Apa kesan 2 PRK tu untuk PAS aku taktau. Yang nyatanya PRK Bukit Selambau dan Batang Ai dua-dua bukan PAS yang bertanding, aku nak komen pun tak reti pasai bukan area aku. Cumanya aku harap PAS boleh gunakan pengalaman yang PAS dapat hasil 2 PRK tu untuk tindakan masa depan.
Yang aku susah hati bab Perak ni. PRK Bukit Gantang sepatutnya dah bagi kita terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak pengajaran dan pedoman. Bukan setakat untuk yang macam aku sebagai 'petugas' parti tapi jugak untuk pimpinan PAS.

Berkenaan kes krisis Perak, keadaan nampak makin rumit, berpusing-pusing. Aku tak nampak keadaan boleh selesai dalam masa terdekat ni. Tak kira la di pihak MB Timun ka atau pihak MB Durian. Dua-dua belah pihak nampak tak boleh jadi juara dalam masa terdekat ni.
Kes kat mahkamah pulak belum tentu bila boleh selesai. Takat la ni mahkamah cuma bincang pasai prosedur, boleh ka tak boleh kes dibicarakan. Kes sebenar belum lagi mula dibicarakan. Lepas jatuh keputusan dah tentu pulak akan ada lagi rayuan. Tu tak kira lagi stategi susulan.
Tah bila kes kat mahkamah-mahkamah tu nak boleh selesai takdak sapa boleh bagi dengan tepat. Kalau guna kes Altatuya jadi piawai, makan masa tahun jugak nak selesai tapi kalau guna kes Memali sebagai piawai 5 kali pilihanraya pun belum tentu selesai.
Masalahnya la ni kalau ikut geng Zambry, DUN kena bersidang sebelum 13 Mei kalau tak silap pasai depa tak iktiraf sidang bawah pokok. Kalau tak bersidang DUN akan bubar dengan sendirinya.

Jadinya keberangkalian kita akan hadapi pilihanraya peringkat negeri tak lama lagi cukup tinggi. Dan memang pun itulah pun yang selama ni kita nak sangat. Frasa "BUBARKAN DUN" selalu sangat kita dengar kalau pun tak kita yang selalu sebut.
Kalau betui PAS Perak bersungguh macam 'resolusi' kat Kediaman MB masa program 'Plan Stratejik PAS Perak' hari tu, kita tak boleh rehat lama. Boleh laa kalau setakat sampai hari Ahad ni, 'berseronok' kenduri tumbang lembu sampai 7 ekor.
Lepas pada Ahad ni kita patut start 'kerja' balik. Kena buat 'review' balik apa resolusi plan strategik tu. Takkan kita nak plan takat tinggai plan, baik tak payah membazir berpuluh ribu nak buat plan hari tu.
Memang la masa plan tu dibuat, Hj Nizar masih jadi MB. Negeri Perak masih lagi Pakatan Rakyat yang pegang. Memang laa la ni kita dah takdak kuasa, kelebihan yang kita ada masa tu dah takdak la ni. Kalau fikir sekali memang la masalah.
Tapinya dah nama masalah, kita kena selesaikan masalah tu. Selagi kita tak cuba selesaikan, takkan kita nak harap masalah selesai sendiri. Kita kena cuba bagi selesai.
Masalahnya ramai yang macam tak sedar apa maksud 'bubar DUN'. Macam tak lebih dari sekadar satu selogan. Nampak macam depa saja suka-suka sebut selogan 'BUBAR DUN' macam PM dulu-dulu seronok dengan selogan "Malaysia Boleh" tah apa yang boleh pun taktau.

Bagi yang buat-buat tak paham, tak berapa nak paham atau betui-betui tak paham, aku nak cuba susun ayat bagi semua orang mudah paham. Kalau tak paham jugak aku pun tak reti nak buat kata apa. Lantak kat hangpa la.
"Bubar DUN" maksud dia "DAH TAK LAMA DAH, NAK ADA PILIHANRAYA KAT KAWASAN KITA SENDIRI, KAT DUN KITA SENDIRI. Kalau paham, takkan tak paham-paham nak kena mula buat kerja. Jangan tanya pulak kat aku apa kerja nak kena buat.