Ikuti Blog ini

Anifah Niat Jahat Terhadap DSAI, Saman Menyusul Jika Tidak Memohon Maaf



Anifah Niat Jahat Terhadap Anwar

………………………………………………………………………………………………………………………..

Anwar akan saman, jika Anifah tidak mohon maaf



KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Dato’ Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim jika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas tuduhan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia.


Peguam Sangkara Nair dan rakan-rakan yang bertindak bagi pihak Anwar akan mengfailkan saman terhadap keyataan Anifah jika beliau tidak memohon maaf dalam masa 24 jam dari semalam.


“Klien kami, Anwar menafikan bahawa beliau pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah dan menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan sedemikian oleh Anifah.


“Pertuduhan demikian langsung tidak berasas, berbaur fitnah dan mahu menjatuhkan imej Anwar di mata dunia,”jelasnya dalam satu kenyataannya.


Anifah yang dipetik The Star hari ini berkata, “Dia (Anwar) cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri.”


Sementara,tajuk berita The Star hari ini berbunyi: “Anwar offered me the DPM�s post, says Anifah.”


Dalam pada itu, tajuk berita Mstar Online pula berbunyi, “Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan.”


Anifah berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan kepada beliau dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington, Amerika Syarikat.


Menteri Luar itu juga berkata bahawa Anwar tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia.


“Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.


“Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apa-apa,” katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar itu.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .