Ikuti Blog ini

Ceramah Perdana Berapit



Penampilan khas Dato' Zaid Ibrahim di pentas politik Pakatan Rakyat bukan perkara baru semenjak beliau meletakkan jawatannya dalam kabinet Pak Lah kerana protes dan tidak bersetuju dengan dasar-dasar UMNO/Barisan Nasiyonal yang lebih banyak menindas rakyat dan hanya menguntungkan "jerung-jerung" peliharaan UMNO/Barisan Nasiyonal.

"UMNO/Barisan Nasiyonal hanya pandai mencipta slogan tetapi tidak pernah mentafsirkan slogan-slogan tersebut didalam pelaksanaan"... "tolak UMNO/Barisan Nasiyonal, negara akan bertambah kukuh bersama Pakatan Rakyat..!" - pesan Dato' Zaid Ibrahim kepada para pengundi N-12 Penanti...

Menteri Besar Rakyat Perak Dato' Seri Ir Nizar turut hadir memberikan sokongan kepada calon N-12 Penanti. walaupun tidak dapat meluangkan banyak masa di Berapit kerana mengejar masa untuk ke ceramah seterusnya di Kubang Semang, namun kehadiran Menteri Besar Rakyat Perak amat dinanti-nantikan oleh para hadirin.

Negara Malaysia bukan milik UMNO/Barisan Nasiyonal, tetapi anugerah Allah untuk rakyat Malaysia. cukup negeri Perak dilacurkan oleh UMNO/Barisan Nasiyonal, benamkan terus UMNO/Barisan Nasiyonal dalam mana-mana PRK/PRU yang ada.

Hidup rakyat..! Bubar DUN Perak..!

Ribuan hadirin memenuhi kiri kanan pentas ceramah, kehadiran tak kurang dari 3 ribu hadirin.

Tian Chua, Ahli Parlimen Batu turut hadir memberi penerangan situasi politik terkini kepada para hadirin.

Dari Melaka, berdemo di atas jalanraya memperjuangkan hak seorang gadis yang dirogol oleh seorang Ketua Menteri, disumbat kepenjara bertahun-tahun, ISA Kamunting pernah menjadi rumah ke-2 beliau dan akhirnya dinobat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Siapa tak kenal wira rakyat saudara Lim Guan Eng. Rakyat Pulau Pinang lebih terbela dibawah ketua Menteri berbangsa Cina tetapi memahami Islam lebih daripada seorang melayu yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Musuh ketat UMNO/Barisan Nasiyonal. buat la PRK dimana-mana ceruk pun di Malaysia, letak la sape-sape pun jadi calon mewakili Pakatan Rakyat, parti ngok UMNO/Barisan Nasiyonal tetap dok serang DS Anwar Ibrahim... tak paham aku... nampak sangat gila UMNO/Barisan Nasiyonal ni...

Calon PRK N-12 Penanti Dr. Mansor Othman. kalau menang, bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. ingat... undi calon no-1 N-12 Penanti untuk kesejahteraan anda..!


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .