Sumber-sumber memberitahu TV Antara, Sultan Perak akan terlebih dahulu memperkenankan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengadap baginda bagi mempersembahkan permohonan pembubaran DUN dan dijangka baginda akan memperkenankan permintaan itu.
Kesimpulan ini dibuat memandangkan pergolakan politik Perak tidak mungkin reda dalam masa terdekat sejak Umno dan Barisan Nasional merampas kuasa daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih melalui 52 peratus jumlah undi yang diperolehi semasa Piliha Raya Umum ke 12 tahun lalu.

walau bagaimanapun pihak istana sampai kini belum lagi memberi apa-apa jawapan terhadap permintaan mengadap yang dipohon oleh Datuk Seri Nizar.
Pertama kali beliau menghantar surat berhubung perkara tersebut ialah pada 11 Mach lalu bagi memohon menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh pada 3 Mach.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar, membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Susulan kepada surat pertama itu telah dihantar kepada istana sejurus sahaja Datuk Seri Nizar diisytiharkan menang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu.