Hishamudin kata sekarang ni,ISA dilihat seperti akta syaitan dan alat politik perti memerintah.Jadi, beliau bercadang supaya beberapa perkara dalam akta itu dipinda iaitu dikurangkan penahanan dalam masa 60 hari dan dua tahun.
Kesihan rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar gaji yang tinggi kepada seseorang (Menteri) yang tidak tahu mana undang-undang yang baik dan mana akta yang jahat.
Sekiranya Menteri Dalam Negeri kurang faham, eloklah saya, sebagai keluarga kepada mangsa ISA jelaskan lagi sekali kenapa ISA itu dikatakan oleh Peguam Hanipa Maidin sebagai satu akta Syaitan .
1)Seksyen 73 ISA - Polis boleh menahan selama 60 hari dan menyoal siasat, mendenda tahanan mengikut sukahati mereka. (Rujuk kes Abd Malek Husin Mahkamah Tinggi Okt 2007).
2)Seksyen 8 ISA - Menteri Dalam Negeri , setelah mendapat nasihat dan cadangan dari SB@polis berpakaian biasa, boleh menambah tahanan mangsa ISA dari dua tahun kepada dua tahun berikutnya tanpa sebarang had.(Rujuk kes Mat Sah Satray yang telah ditahan 7 tahun dari tahun 2002 hingga 2009 setelah melalui 4 kali tahanan dua tahun dari tiga orang Menteri Dalam Negeri iaitu Abdullah Badawi 2002 hingga 2008, Hamid Albar 2008-2009, Hishamudin 2009)
3)Semua tahanan ISA TIDAK pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah.Kuasa peguambela, pendakwaraya, proses mahkamah dan hakim dipegang oleh Menteri Dalam Negeri.Sebab itu tiada hak jamin, tiada bukti diperlukan dan judicial review.
Namun yang jelas, kenyataan Menteri Dalam Negeri ni hanyalah sekadar pemanis bibir supaya penduduk Pematang Pasir tidak melihat UMNO/BN sebuah parti yang zalim dan jahat.... tu jeee!!!!
Percayalah, selagi unsur tahan tanpa bicara atau "detention without trial" masih dikekalkan dalam ISA, selama itulah akta itu masih lagi dinamakan akta Syaitan.
Kami mangsa ISA hanya menyerahkan pada Allah supaya memberi balasan yang sesuai untuk mereka yang suka menggunakan akta zalim itu keatas manusia lain..Allah lebih tahu apakah "ganjaran yang terbaik" untuk membalas perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka, yang suka menggunakan akta tahan tanpa bicara ini keatas ahli keluarga kami.Balasan itu mungkin sesuatu yang tidak terfikir oleh manusia biasa seperti kami ini. Ameen !!!!