Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober akan datang dan penamaan calon pula pada 3 Okt. 2009.
Terang lagi bersuluh dan seperti yang dijangkakan setelah melalui beberapa pilihanraya kecil sebelum ini semuanya diadakan pada hari kerja kerana tempat itu adalah tempat komponen Pakatan Rakyat menang dan cuba dirampas oleh BN. Usaha mengurangkan majoriti keluar mengundi dilakukan oleh BN dengan memperkudakan SPR dengan menetapkan hari mengundi pada hari berkerja di Penanti, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manik Urai dan terkini di Permatang Pasir.
Kali ini hari mengundi di Bagan Pinang ditetapkan SPR pada 11 Okober iaitu pada hari ahad yang merupakan cuti umum.
Namun apa yang diharapkan tindakan SPR akan memberi peluang yang sebaliknya seperti yang mereka jangkakan. Mudah-mudahan bila hari mengundi adalah hari cuti makin ramai yang keluar mengundi, bukan untuk mempertahankan BN tetapi "menguburkan" BN di Bagan Pinang.
Demikianlah rakyat masih ingin diperbodohkan oleh SPR yang sudah sedia dimaklumi sejak sekian lama memihak untuk memenangkan bosnya BN. Namun kali ini saya beranggapan SPR sangat tersepit kerana dalam situasi keputusan PRK semuanya berpihak kepada Pakatan Rakyat kecuali di Batang Aii, maka apakah lagi helah seterusnya yang akan diumumkan oleh SPR, kita tunggu dan lihat.