Pemilihan Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak mempunyai atau ketandusan calon yang mempunyai kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan kepada masyarakat yang dahagakan kepimpinan yang bersih lagi amanah.
Dengan terlantiknya Isa Samad ini menunjukkan bahawa Umno tidak konsisten dalam usaha membenteras politik wang dan rasuah.Tahniah..kepada Umno kerana berjaya melantik kembali calon yang cukup bersih,berkredibeliti dan berintegriti.
Kita bangkitkan perkara ini kerana Isa Samad pernah didapati melakukan amalan rasuah dan didapati bersalah,ini bukan isu menghentam peribadi calon tetapi ia berkaitan dengan isu integriti.Perlantikan Isa juga menggambarkan bahawa Umno hanya "Hangat-hangat taik ayam"dalam usaha menghapuskan gejala rasuah dikalangan parti dan pimpinan mereka.
Apa yang pasti perlantikan ini adalah satu "Penghinaan" terhadap pengundi-pengundi Bagan Pinang yang dahagakan seorang pemimpin yang Amanah,telus dan mempunyai integriri yang diharapkan.Untuk itu beliau menyeru agar pengundi di Bagan Pinang melakukan perubahan agar diri dan maruah kita tidak dihina oleh Umno dan BN.