Ikuti Blog ini
Kosmo! sila tarik balik artikel Memali ,Selasa, Oktober 27, 2009 at 27.10.09,
PAS hari ini mendesak supaya akhbar Kosmo! menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan semalam yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad, dalam kenyataannya, amat kesal dengan artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.
"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.
PAS juga, katanya, mahu Kosmo! memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.
Kamaruzaman berkata PAS akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka.
BERNAMA