Kemenangan BN dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang adalah sesuatu yang dijangkakan. Apa yang BN dan penyokong mereka perlu faham ialah kemenangan tersebut bukanlah suatu cahaya di hujung terowong untuk mereka. Ia sebenarnya adalah satu jerangkap samar yang sedia membaham BN pada bila-bila masa.
Sekiranya dibuang undi pos, maka BN akan tergapai untuk meraih kemenangan. Ditambah lagi sekirannya SPR bertindak secara professional iaitu dalam beberapa PRK, hari membuang undi diputuskan pada hari berkerja, sedangkan di Bagan Pinang ia diadakan pada hari ahad, hari cuti. Ini menunjukkan SPR ada perkiraan sendiri dalam pemilihan hari untuk membuang undi. Tentunya kriteria itu ialah apakah yang terbaik untuk BN.
PAS tidak kalah. PAS hanya tidak menang dan memang Bagan Pinang bukan milik PAS, jadi tidak ada apa yang PAS rugi di sini.
Yang akan membaham BN ialah persepsi rakyat terhadap parti tersebut. Jelas, BN tidak mengira integriti atau cacat cela calon atau pemimpin, asalkan dikira boleh menang, samada busuk atau bertembelang, maka itulah yang diketengahkan.
Ini akan mengelumangkan BN ke dalam satu kancah yang tidak ada penghujungnya. Ia adalah kotor, kotor dan kotor. Tetapi BN dan segala media dan jentera yang dipulas untuk mengipas akan mempromosikan cantik, cantik dan cantik.
Memang, sebahagian rakyat akan menerima manipulasi sedemikian, seperti yang ditunjukkan dalam PRK Bagan Pinang, tetapi tetapi rakyat umum akan menolak permainan kotor ini secara total.
Dalam BN leka dilamun kemenangan yang disolek ini, bahana sedang menunggu mereka kerana mereka telah mengesahkan sekali lagi bahawa kumpulan mereka adalah kumpulan yang kotor serta keji yang secara magis menjadi bersih bila menang pilihanraya.