Ikuti Blog ini

Pilihanraya Perak Selepas Tahun Baru Cina, Keputusan Mahkamah 7 Januari ini?

DS Nizar bersalam dengan seorang ahli MCA, pekan Trong.DS Nizar menyumbang sebuah kerusi roda untuk kegunaan beliau. DS Nizar tidak mengira ideologi politik, bagi DS Nizar rakyat diutamakan. Turut kelihatan YDP Pas Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.


Banyak yang bertanya bilakah berlakunya pilihanraya di Perak. Kita pun "mencongkil "maklumat dari DS Nizar.

Menurut DS Nizar PRK Perak tidak akan berlaku pada musim Tahun Baru Cina. Kemungkinan besar selepas tahun baru Cina.

Menurut satu sumber keputusan bicara DS Nizar , Khamis ini 7 Januari. Menurut DS Nizar jikalau keputusan lambat dikeluarkan selalunya berita baik untuk kita. Di sinilah nanti DS Nizar diisytiharkan MB Perak sah. Sebelum keputusan akan diumumkan Zambry akan mengadap DYMM Sultan mohon perkenan bubar DUN Perak. Kalau boleh mereka mahu menjadi kerajaan "caretaker".

Pilihanraya sudah dekat, apabila DS Nizar menasihat kita supaya Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang bersiapsiaga.

Sementara itu , Muhammad K.Y.Tiang menerangkan Osman sudah hilang dan ditahan"UMNO". Osman ditahan sehingga dia tidak mengugut Zambry lagi. Satu sumber lain pula beritahu Osman dikawal supaya dia tidak lompat lagi.

Kita diberitahu satu sumber yang rapat dengan SUK , di pejabat mereka sudah sibuk. Manakala dalam ceramah DS Nizar , memberitahu kita Wakil Rakyat UMNO sudah bermalam bersama masyarakat orang asli. Mereka membekal seekor kijang dan 40 ekor ayam untuk jamuan rakyat.

Kata Sha Reformasi pula Zambry sudah Qiamulail di "Masjid "dalam Parlimen Bagan Serai. Dalam sembang-sembang sama DS Nizar, kita dimaklumkan Umno sudah mula buat perjumpaan. Peruntukan terus diberi kepada Ketua Putri, Ketua Pemuda tidak lagi kepada Ketua Bahagian.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .