Ikuti Blog ini

P094 - Norizan cari Hishamuddin di Hulu Selangor



Berita asal...

NORiZAN Salleh, 30, wanita yang ditembak oleh Polis sebanyak 5 das pada Oktober lalu mengambil keputusan turun sendiri ke Hulu Selangor untuk bertemu dengan menteri-menteri berwajib dan bertanya tentang nasib yang menimpai dirinya.

norizan-tangan

“Saya berada di (Parlimen) Hulu Selangor ini kerana saya yakin banyak Menteri turun berkempen di sini (sempena) pilihan raya ini, jadi kedatangan saya ke sini untuk bertanya kepada menteri-menteri terbabit tentang kes saya.”

“Kenyataan Menteri (Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein) kata tidak ada apa-apa yang berlaku (sedangkan) Polis menembak saya dan sebab itu saya di sini,” jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pusat Informasi dan Media, Kuala Kubu Baru, pagi tadi.

Bercakap pada sidang media yang sama, N. Surendran, peguam kepada Norizan mendesak Hishamuddin supaya bertanggungjawab atas penyalahgunaan kuasa oleh Polis ke atas anak guaman beliau.

“Kita cuma nak tanya, apa sudah jadi dengan Norizan, mengapa Polis yang melepaskan lima das tembakan hidup-hidup kepada Norizan sehingga hari ini tidak dikenakan tindakan,” soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan sikap Hishamuddin yang dilihat tidak ikhlas serta prihatin terhadap nasib yang menimpai anak guamannya.

“Menteri telah berjanji kepada saya dan Norizan di Parlimen bahawa beliau akan siasat kes ini, mengapa dalam suatu kenyataan media (yang lain), dia menghina Norizan pula.”

“Sepatutnya menteri menjaga rakyat, tetapi (kenyataan) Hishamuddin seolah-olah tidak memperlihatkan keikhlasannya kepada Norizan.”

Katanya lagi, Hishamuddin sepatutnya menyiasat anggota polis terbabit kerana polis terbabit turut mengheret Norizan keluar dari keretanya di ibu negara, lalu menendang Norizan sehingga patang tulang rusuk.

Meneliti laporan Norizan, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kes tembakan Norizan tersebut sebenarnya bermotif membunuh (shoot-to-kill).

Tegas beliau lagi, sekiranya pegawai Polis yang menembak Norizan tidak disoal siasat dan dihukum, beliau berkata, sesiapa pun rakyat selepas ini boleh sewenang-wenangnya ditembak oleh Polis tanpa usul periksa.

Menyambut kenyataan Norizan dan Surendran, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya pula menyifatkan Hishamuddin tidak layak menjadi Menteri kerana langsung tidak bertanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

Bagi beliau, kes Norizan merupakan salah satu kes yang membuktikan bahawa rakyat di Malaysia tidak keterlaluan dikatakan seperti tidak selamat di bawah pengawasan Polis.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di Hulu Selangor supaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Hulu Selangor dengan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim. -END

Norizan sedang menjelaskan tekadnya untuk bertemu Hishamuddin.   Bersediakan Hishamuddin bersemuka dengan mangsa kezaliman Polis ini?

Norizan sedang menjelaskan tekadnya untuk bertemu Hishamuddin. Bersediakan Hishamuddin bersemuka dengan mangsa kezaliman Polis ini?

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .