Setelah 72  Jam Sudah Ada Tanda-tanda  Pemenang
SETELAH  72 jam berlangsung pilihan raya  kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan  berbagai perisitwa, melucu,  tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh  hari separuh pilihan raya  itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang  akan memenangi pilihan  raya berkenaan. hari mengundi ialah 25, Ahad  ini.
Dari dua kali tinjuan  langsung saya ke sana ia memberi  gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat.  Ini didasarkan kepada  kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah  yang melibatkan beliau,  Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan  lain.
Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman.
Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang senonim dengan MCA sebelum ini sudah tidak menyebut MCA lagi.
"Apa itu MCA, parti orang sudah tidak mahu. Kalau ada orang sokong pun mereka yang buta saja," begitulah kata seorang pengundi Cina bila ditanya mengenai peranan MCA. Ternyata peranan MCA dalam pilihan raya kecil kali ini tidak menyerlah. Mungkin perpecahan yang melanda parti itu menyebabkan MCA lebih memikirkan nasib diri mereka.
Begitu juga dengan MIC. "Untuk apa saya sokong MIC, calonnya dipilih oleh Umno. MIC sudah tidak berkuasa lagi. Jadi lebih baik saya sokong PKR," begitu pula luah seorang India. Umurnya sebaya dengan Cina tadi sekitar 55 tahun. Selalunya orang veteran masih kekal dengan nostalgia menyokong BN. Tetapi sikap ditunjuk mereka berdua itu ada perubahan sikap yang ketara di kalangan Cina dan India.
Malam tadi saya hadir di dua ceramah PKR; satu di Taman Datuk Harun, Serendah dan satu lagi di Kelumpang. Gambaran dua tempat ini boleh saya simpulkan sokongan masyarakat Cina melebihi 70 peratus sementara sokongan India pula kira-kira 40 peratus. Kedudukan ini memberi gambaran bahawa BN agak tertekan dengan keadaan ini. Sebab itulah Muhyiddin Yassin semalam membuat psywar mengatakan sokongan Cina semakin meningkat.
Sudah pasti kalau momentum tiga hari ini dikekal, peluang PKR mengekalkan kerusi berkenaan agak cerah.
Selain daripada suasana itu, kelebihan untuk PKR juga disokong oleh suasana di dalam BN sendiri tidak begitu selesa. Kalangan golongan muda dalam Umno tidak begitu seronok dengan pencalonan Kamalanathan. Orang Melayu yang sedia bersalaman dengan Kamalanathan hanya orang Melayu berusia 55 tahun ke atas yang dituba pemikirannya oleh rejim lama Umno.
Satu maklumat dalaman diterima malam tadi, Pemuda Umno bahagian Hulu Selangor telah aktif dalam berkempen. Puncanya kerana kontrak menyediakan poster dan peralatan kempen tidak diberikan sedikitpun kepada mereka. Semua pembekalan poster dan papan iklan dihandle sendiri oleh Umno Malaysia. Jumlah kontrak itu saja dikatakan melebihi RM5 juta.
Jadi mereka dikatakan hanya meraikan majlis saja atau ke bilik gerakan untuk menjamu selera, mengambil rokok dan baju T, tetapi tidak berkerja. Begitu juga dengan kalangan wanita muda. Malam tadi seramai 30 wanita telah menyatakan sokongan kepada PKR. Mereka ini bertindak kerana tidak setuju dengan pencalonan Kamalanathan.
Ada beberapa perkembangan lain lagi. Dan seperti mana saya dugakan awal-awal semalam bahawa calon bebas Melayu juga akan menarik diri dari bertanding. Ternyata apa yang saya ramalkan itu menjadi kenyataan. Selepas calon bebas India, Chandran menarik diri, ia diikuti oleh calon Melayu, Johan Mohd Diah pula berbuat demikian. Saya yakin kedua calon bebas ini menyokong BN dan langkah mereka menyerahkan kertas pencalonan hanya sebagai taktik saja.
Kini Zaid akan berdepan dengan Kamalanathan secara satu lawan satu.

Perkembangan mengenai aliran sokongan itu menyebabkan BN kini memfokuskan kepada undi Melayu dan India saja. Sumber bilik Gerakan BN juga memberi tahu mereka sudah tidak ada harapan kepada undi Cina lagi. Justeru apa yang mereka perkuatkan untuk mendapat undi Melayu agar melebhi 60 peratus.
Dari dua kali tinjuan  langsung saya ke sana ia memberi  gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat.  Ini didasarkan kepada  kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah  yang melibatkan beliau,  Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan  lain.Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman.
Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang senonim dengan MCA sebelum ini sudah tidak menyebut MCA lagi.
"Apa itu MCA, parti orang sudah tidak mahu. Kalau ada orang sokong pun mereka yang buta saja," begitulah kata seorang pengundi Cina bila ditanya mengenai peranan MCA. Ternyata peranan MCA dalam pilihan raya kecil kali ini tidak menyerlah. Mungkin perpecahan yang melanda parti itu menyebabkan MCA lebih memikirkan nasib diri mereka.
Begitu juga dengan MIC. "Untuk apa saya sokong MIC, calonnya dipilih oleh Umno. MIC sudah tidak berkuasa lagi. Jadi lebih baik saya sokong PKR," begitu pula luah seorang India. Umurnya sebaya dengan Cina tadi sekitar 55 tahun. Selalunya orang veteran masih kekal dengan nostalgia menyokong BN. Tetapi sikap ditunjuk mereka berdua itu ada perubahan sikap yang ketara di kalangan Cina dan India.
Malam tadi saya hadir di dua ceramah PKR; satu di Taman Datuk Harun, Serendah dan satu lagi di Kelumpang. Gambaran dua tempat ini boleh saya simpulkan sokongan masyarakat Cina melebihi 70 peratus sementara sokongan India pula kira-kira 40 peratus. Kedudukan ini memberi gambaran bahawa BN agak tertekan dengan keadaan ini. Sebab itulah Muhyiddin Yassin semalam membuat psywar mengatakan sokongan Cina semakin meningkat.
Sudah pasti kalau momentum tiga hari ini dikekal, peluang PKR mengekalkan kerusi berkenaan agak cerah.
Selain daripada suasana itu, kelebihan untuk PKR juga disokong oleh suasana di dalam BN sendiri tidak begitu selesa. Kalangan golongan muda dalam Umno tidak begitu seronok dengan pencalonan Kamalanathan. Orang Melayu yang sedia bersalaman dengan Kamalanathan hanya orang Melayu berusia 55 tahun ke atas yang dituba pemikirannya oleh rejim lama Umno.
Satu maklumat dalaman diterima malam tadi, Pemuda Umno bahagian Hulu Selangor telah aktif dalam berkempen. Puncanya kerana kontrak menyediakan poster dan peralatan kempen tidak diberikan sedikitpun kepada mereka. Semua pembekalan poster dan papan iklan dihandle sendiri oleh Umno Malaysia. Jumlah kontrak itu saja dikatakan melebihi RM5 juta.
Jadi mereka dikatakan hanya meraikan majlis saja atau ke bilik gerakan untuk menjamu selera, mengambil rokok dan baju T, tetapi tidak berkerja. Begitu juga dengan kalangan wanita muda. Malam tadi seramai 30 wanita telah menyatakan sokongan kepada PKR. Mereka ini bertindak kerana tidak setuju dengan pencalonan Kamalanathan.
Ada beberapa perkembangan lain lagi. Dan seperti mana saya dugakan awal-awal semalam bahawa calon bebas Melayu juga akan menarik diri dari bertanding. Ternyata apa yang saya ramalkan itu menjadi kenyataan. Selepas calon bebas India, Chandran menarik diri, ia diikuti oleh calon Melayu, Johan Mohd Diah pula berbuat demikian. Saya yakin kedua calon bebas ini menyokong BN dan langkah mereka menyerahkan kertas pencalonan hanya sebagai taktik saja.
Kini Zaid akan berdepan dengan Kamalanathan secara satu lawan satu.

Perkembangan mengenai aliran sokongan itu menyebabkan BN kini memfokuskan kepada undi Melayu dan India saja. Sumber bilik Gerakan BN juga memberi tahu mereka sudah tidak ada harapan kepada undi Cina lagi. Justeru apa yang mereka perkuatkan untuk mendapat undi Melayu agar melebhi 60 peratus.
Hanya   dengan cara itu saja BN boleh mengimpi untuk merampas kerusi  berkenaan.  Sekiranya mereka gagal mendapat 60 peratus undi Melayu, ini  bermakna BN  bakal menangis tidak berlagu. Secara umumnya peratus undi  Melayu yang  dikuasai BN pada masa ini kira-kira lebih 55 peratus.  Sementara undi  India sekitar 55 atau 60 peratus. Bagaimana pun ada  tanda-tanda  menunjukkan undi India ini akan menurun disebabkan kerana  faktor calon  dan kemarahan masyarakat India kepada Samy Vellu dan  Palanevil semasa  menjadi ahli parlimen dahulu. Kalangan cerdik pandai  dalam MIC atau  India pula sudah merasai bahawa parti MIC tidak lagi  dihormati oleh  rakan mereka, Umno.
Apa yang perlu diingati oleh PKR undi   India ini tidak konsisten dan ia akan beralih apabila ada tawaran   langsung terutama dari kalangan perempuan veteran. BN dijangka akan   menggoda masyarakat India disaat akhir pengundian dengan pemberian hamper   dan wang. Sekiranya BN tidak mengawal atau membalas pemberian ini   menyebabkan undi India yang dimiliki PKR sebanyak kira-kira 35 hingga 40   peratus ketika ini akan merosot di bawah 35 peratus.
Kemerosotan undi India dan tidak dapat melonjakkan peratus undi Melayu sehingga mencecah 45 peratus ini menjadikan PKR akan kehilangan kerusi Parlimen berkenaan dan hanya menang semangat dan sorak saja dalam pilihan raya itu.
Di sebalik perkembangan itu masih banyak peristiwa dan kejadian-kejadian di sebalik tabir dalam pilihan raya berkenaan. Ia tidak sesuai di dedahkan kerana boleh mengaibkan individu tertentu. Sementara mengenai isu pula BN ternyata kekurangan isu berbanding dengan PKR. BN banyak menaburkan poster dan billboard dengan slogan merendah, memnpersoalkan kemampuan PKR berbanding dengan hujah-hujah dan idea yang mantap dan bernas. Terdapat juga poster yang mengecam peribadi pemimpin PKR.
Sebaliknya PKR pula sarat dengan hujah yang tidak mampu dibalas oleh BN. Dakwaan BN misalnya mengatakan PKR tidak mampu memerintah negeri dijawab dengan disertakan bukti dan fakta kukuh mengenali penerimaan rakyat kepada kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Begitu juga dengan fakta-fakta pencapaian kerajaan.
Sikap Umno memainkan isu peribadi mengenai Zaid minum arak ternyata telah memakan diri sendiri. Isu itu terpalit kepada diri Umno menjadikan Umno terpaksa mengzipkan mulutnya sendiri. Beberapa pemimpin BN telah menarik balik isu berkenaan. Khairy Jamaluddin sendiri menasihat penceramah Umno tidak memainkan isu peribadi. Khairy mungkin bimbang kalau isu turut diperkatakannya isu peribadi dirinya sendiri juga akan dibongkar seluas-luasnya.
Al hasilnya isu Zaid minum arak yang dijawab dengan pernuh berhikmah dan gentlemen oleh Zaid menyebabkan BN mati kutu. Seperti biasanya SPR tidak dapat menyucikan diri dari mengotorkan diri dengan memberi sokongan kepada BN. SPR telah melakukan pemindahan terhadap kira-kira 14,000 pengundi. Pengundi yang dulunya mengundi di Hulu Selangor telah dipindah ke serta tempat. Mungkin pemindahan ini dilakukan terhadap pengundi dikesal pasti pengundi Pakatan Rakyat.

Apakah   pemindahan ini menguntungkan BN atau sebaliknya akan merugikan BN, 25   April nanti akan menjawab segala teka-teki ini. -MSO