Ikuti Blog ini

Adun Pakatan Kedah ‘tutup fail spekulasi’ malam ini

"KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan raksasa malam ini - peluang membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka membuat pengisytiharan menamatkan spekulasi ‘liar’ mendakwa mereka akan keluar parti.

Sambil menegaskan kerajaan negeri Kedah pimpinan PR masih stabil, wakil rakyat bukan PAS yang menjadi tumpuan spekulasi mahu mengakhiri tanggapan sedemikian semasa perhimpunan hari ini.

Dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diburu pelbagai pihak menegaskan, mereka mahu bab spekulasi dihentikan selepas pengumuman pendirian mereka hari ini.

“Saya sudah letih. Saya ingat sudah lebih 50 kali (sejak lebih setahun ini) saya sudah bercakap mengenai isu ini, sudah berkali-kali saya menafikan tetapi orang bertanya setiap kali perkara ini dibangkitkan,” kata Adun Sidam, Tan Chow Kang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya mahu tutup fail, tak mahu cakap lagi mengenai isu ini,” kata Tan sambil menegaskan, beliau berharap tiada pihak yang akan bertanya lagi mengenai isu berkenaan selepas ini."
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .