Ikuti Blog ini

Ahli Parlimen BN Bantah Hasrat Najib Pindahkan Parlimen

Reaksi berbeza syor Bangunan Parlimen baru

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan pakar perundangan berbeza pendapat berhubung cadangan membina Bangunan Parlimen baru di kawasan sedia ada atau berpindah ke Putrajaya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Bangunan Parlimen sedia ada menjadi simbol demokrasi berparlimen dan kuasa perundangan negara ini perlu dipulihara dan dikekalkan bagi menghargai dan menghormati tradisi serta sejarah penubuhannya.

Beliau berkata ia juga sejajar hasrat Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail sewaktu merasmikan bangunan itu pada 21 November 1963, yang mahu kedudukannya kekal selama-lamanya di kawasan yang suatu ketika dulu dikenali sebagai ‘Folly Hill West’.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abd Ghapur Salleh pula bersetuju Bangunan Parlimen dipindahkan kerana bangunan sedia ada kelihatan daif, namun berharap kerajaan membina bangunan baru di Kuala Lumpur.

"Bangunan sekarang tak sesuai... nampak daif. Namun, kalau Parlimen baru dibina di Putrajaya ia akan menimbulkan masalah bagi Ahli Parlimen sebab jauh," katanya.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd Mutalib bersetuju Bangunan Parlimen dipindahkan ke Putrajaya kerana kawasan sedia ada sudah sesak.

Sementara itu, pakar perundangan, Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi, berkata beliau tidak setuju bangunan Parlimen dibina baru atau dipindahkan kerana lokasi sedia ada sudah bersesuaian.

Senang cerita tak payah bazirkan duit pindah bangunan Parlimen. Kekalkan je kat situ dan lakukan pengubahsuaian..tengok macam England, dah beratus tahun parlimen mereka..tak pindah pun..banding dengan Malaysia, mereka lagi kaya. Tapi mereka lebih hargai nilai sejarah berbanding pemimpin taghut UMNO. -Justice4all

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .