Ikuti Blog ini
Bendera PAS adalah Hasil Idea Allahyarham Ustaz Hasan Syukri ,Jumaat, Jun 18, 2010 at 18.6.10,
Almarhum Ustadz Hassan Shukri diberi tanggungjawab mencipta bendera PAS.
Sambil memerah fikiran serta mencari idea,.
Almarhum mengangkat tudung dakwat atas kertas dan terlihat bagaimana bulatan atas kertas tersebut, lantas memberi idea kepada beliau untuk membuat bendera PAS dengan bulatan putih berlatarbelakangkan warna hijau.
Kata Almarhum, senang kalau macam tu.
Sapa jugak nak buat bendera PAS, hanya perlu buat bulat putih.
Nak melintang pun boleh, nak menegak pun boleh,
"Dan bendera PAS takkan terbalik sebab bulat macam mane pun letak tetap bulat.
Itulah sejarah bagaimana bendera PAS tercipta" -Almarhum Ustadz Hassan Shukri.
Manakala namanya pula…berdasarkan pada tulisan jawi;
Pa, Alif, Sin jadilah PAS.