KUALA NERUS – Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) malam ini menganjurkan upacara membakar bendera Israel dan Amerika, dihadapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh, tahun lalu.
Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah berkata, upacara tersebut diadakan sebagai membantah tindakan Israel yang bertindak menyerang armada ‘Freedom Flotilla’ khusunya kapal Mavi Marmara dan membunuh aktivis yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestine dua hari lalu.
Menurutnya, upacara tersebut yang diadakan pada hari ini, 2 Jun, jam 8.30 malam, dihadapan runtuhan SSMZA merupakan juga simbolik memperingati setahun peristiwa bersejarah yang memalukan itu berlaku.
Upacara ‘semerta’ tersebut, yang disebarkan maklumatnya melalui ‘facebook’ dan SMS turut dihadiri oleh 100 orang penyokong Mampat.
Tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga akhir uapacara yang berlangsung selama kira-kira 30 minit.
Fauzi mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang hadir, kerana menurutnya, telah memberi kerjasama menjaga keselamatan upacara tersebut dengan baik. -BO