Ikuti Blog ini

Perasmian Konsert Naskah Cinta oleh TG Nik Aziz

Diklamasi sajak oleh A. Samad Said di iringi siulan seruling oleh ketua Pemuda PAS Shah Alam, saudara Nasaruddin.

Para hadirin yang membanjiri di tapak exspo PUTIK.

YAB Tuan Guru Merasmikan Konsert Naskah CINTA.

TG Nik Aziz bersama isteri menyaksikan persembahan Naskah Cinta.

Suasana kemeriahan dan kehangatan Muktamar PAS Pusat ke-56 yang bermula hari ini diserikan lagi dengan Konsert Naskah Cinta sempena dengan pelancaran Lajnah Seni dan Budaya PAS Pusat.

Konsert yang julung-julung kalinya diadakan ini menampilkan sasterawan negara, A. Samad Said. Konsert Saudara Azhan juara Program Akademi Nasyid TV9 musim pertama, Saudara Dinsman, kumpulan Dikir Barat Dendang Anak, Saudara Muaz dan saudara Razin Mestica.

Konsert yang dihoskan oleh saudara Razin Mestica ini telah membuka tirai acara dengan persembahan Dikir Barat oleh kumpulan Dendang Anak. Juara Akedemi Nasyid, Azhan Atan yang menyampaikan salah satunya lagu barunya, 'PAS untuk semua' itu menarik pendengar yang hadir.






Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya, Dr.Zulkifli Ahmad menjelaskan bahawa idea penubuhan Lajnah Seni dan Budaya ini sebenarnya telah dipelopori sejak awal lagi melalui aktiviti kemasyarakatan anjuran Dewan Pemuda.

Beliau dalam ucapan aluannya Lajnah Seni Budaya ini disediakan sebagai satu alternatif bagi memaparkan tasawuf islam tentang seni dan budaya dari perspektif Islam.

"Selain itu lajnah ini juga bertanggungjawab menyediakan garis panduan dalam aktiviti-aktiviti seni dan budaya serta iklan agar ianya mengikut lunas agama Islam sebagai cara hidup yang lengkap sesuai dengan fitrah manusia," jelasnya.

Penubuhan lajnah ini juga dilihat sebagai persediaan PAS dalam menyediakan pemahaman yang benar tentang seni dan budaya mengikut perspektif Islam kepada rakyat dan seterusnya mencapai persefahaman dari segi perlaksanaannya di kalangan rakan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Mursyidul AM PAS, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik yang merasmikan lajnah itu berkata, penubuhan lanjah itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawan PAS kolot dalam dunia hiburan.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .