Saya sangat terkejut dengan kenyataan terkini isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.
Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.
Rosman berucap ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di Kota Kinabalu hari ini. Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri
kewangan.
Saya sangat hairan dengan kehadiran Rosmah untuk merasmikan bangunan itu dan dalam masa yang sama Najib hadir sebagai pemerhati dan dalam waktu yang sama Rosmah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan yang diketui juga oleh Najib.
Semacam satu lakonan bila bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 , tetapi baru dirasmikan kelmarin oleh Rosmah.
Bangunan berharga RM18.725 juta itu adalah dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah, Namun untuk 13 negeri lain Rosmah nampaknya memaksa Najib untuk menggunakan wang rakyat dari kementerian Kewangan.
Demikianlah siri pembaziran wang rakyat yang telah , sedang dan akan dilakukan oleh pemimpin BN. Akhir-akhir ini oleh Rosmah sendiri.
Bagi saya apa yang dikatakan Wisma Wanita dan segala fungsinya sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak seperti yang dikatakan oleh Rosmah ada tugasan bertindih yang telah dilakukan oleh pelbagai agensi yang sedia ada.
Bukankah itu satu pembaziran dan penyalah gunaan wang rakyat sedangkan rakyat terus dihimpit oleh kemiskinan dan tekanan kenaikan harga barang yang berulang kali dilakukan oleh BN.
Hampir pasti Najib akan meluluskan permohonan Rosmah, dan tentunya buka disitu Najib baru mengetahui Hasrat rosmah kerana mustahil hasrat itu belum diketahui najib dan baru diketahui najib semasa perasmian bangunan itu.
Saya tunggu dan sama-sama kita saksikan bila hampir 1 billion ringgit akan dibelanjakan oleh Kementerian kewangan bagi memenuhi hasrat Najib.
Yang jelas, kroni Rosmah akan kaya raya dan yang terus susah dan merempat adalah rakyat Malaysia yang terus menerus dicekik oleh dasar kerajaan yang tidak mesra rakyat.
Atau wang penjimatan subsidi sebanyak RM 700 juta lebih sudah difikirkan lebih awal oleh kerajaan 1Malaysia suami isteri untuk tujuan tersebut ?
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM