Ikuti Blog ini

Inilah Jalan Kami - Islam For All

"Perbezaan kejadian pelbagai bangsa dan warna merupakan
satu tanda kebesaran Tuhan agar kita saling kenal
mengenal antara satu dengan yang lain..."
"Allah juga yang menjadikan berbagai bangsa dan berbagai agama di atas mukabumi ini, jesteru itu sudah tentu ada jalan penyelesaian untuk umat Islam tinggal dan hidup bersama dengan berbagai bangsa dan berbagai agama di atas muka bumi ini".

Saya petik maksud kata-kata dari Prof Tariq Ramadan yang berucap di Kuala Lumpur baru-baru ini dalam ucapannya "Liberty In Islam".

Falsafah yang diucapkan oleh Prof Tariq Ramadan itu sebenarnya telah lama diaplikasikan oleh Yang Berhormat Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam siri-siri ceramah memperkenalkan pegangan Islam di Gereja-gereja serata tanah Air.


Setakat ini sudah 10 gereja menjemput atau memberi laluan kepada Dr Mujahid menyatakan pendirian serta pegangan beliau sebagai pejuang politik berlandaskan Islam dan kali ini beliau diberi laluan berucap serta berdialog di sebuah gereja di Keningau, Sabah.

Ini merupakan satu sejarah seorang penceramah beragama Islam memberikan ucapan tentang pegangan serta perjuangan Islam di sebuah gereja di Keningau khususnya dan juga di Sabah pada umumnya dan dihadiri oleh ramai penganut Kristian dan juga ketua ketua agama lain seperti Hindu dan juga Buddha.

Para hadirin berebut berkenalan dengan Dr Mujahid sebelum
sesi penerangan.
Sesi penerangan di jalankan di perkarangan Gereja Anglikan St Margaret, Keningau yang mengumpulkan lebih dari seratus pendengar beragama Kristian. Mereka mendengar dengan penuh kusyuk sekali sebelum bangun bertanya beberapa soalan dalam sesi dialog pada akhir penerangan.

Di antara soalan-soalan yang ditanya adalah berkenaan dengan nama Allah yang sebelum ini menjadi satu isu yang besar di Semenanjung Malaysia sedangkan di Sabah ia telah lama diguna pakai sejak sebelum merdeka lagi.

Orang ramai mengambil tempat masing-masin sebelum
bermula acara bermula.
Ada juga soalan yang menyentuh tentang definasi Jihad dalam Islam yang menjadi satu perkataan yang amat ditakuti di kalangan penganut agama lain lebih-lebih lagi apabila disalah ertikan dan di sinonimkan dengan berperang dan berbunuh-bunuhan.

Semua soalan dijawab dengan tenang dan berhemah oleh Dr Mujahid dan amat memuaskan para hadirin yang mendengarnya. Ini dibuktikan apabila beberapa pendengar yang bangun memberikan pujian serta menyatakan perasaan lega mereka setelah memahami ucapan yang keluar dari mulut seorang pejuang Islam sendiri, dan ini juga menangkis andaian mereka selama ini bahawa Pas adalah sebuah parti ekstremis yang mereka samakan dengan pejuang Taliban di Afganistan. Sumber

Majlis bermula dengan memperkenalkan tetamu jemputan

Masih ada yang datang...
Ucapan pengenalan oleh YDP Pas Keningau
Ucapan aluan oleh Dr Nicholas James wakil PKR
Kerusi terpaksa di tambah apabila ramai para hadirin yang muncul
ketika sesi telah berlansung
Dr Mujahid tersenyum mendengar pujian, alu-aluan serta ulasan
dari para hadirin.
Majlis berakhir dengan senyuman kepuasan. Orang ramai mula bersurai
membawa seribu satu pengertian. Kerja kita hanya menyampaikan
apa yang perlu di ketahui oleh semua manusia tentang agama Islam,
samada seseorang itu akan mendapat hidayah atau tidak,
Allah lebih mengetahuinya...
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .