Ikuti Blog ini

Peneroka Dakwa Menjadi Mangsa Penyelewengan Felda

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Dunhulubesut%20011.jpgBESUT - Seorang peneroka warga emas, Deraman bin Ngah, 72, mendakwa beliau menjadi mangsa kepada pengurusan Felda yang tidak mengambil peduli nasib yang dialami oleh para peneroka.

Beliau yang ditemui berkata, sejak akhir tahun 2004 sehingga kini, pengurusan Felda terus menerus memotong cukai tanah (CAC), walaupun beliau selaku pemilik tanah tersebut telah pun menjelaskan cukainya di pejabat tanah daerah Besut.

Menurutnya, beliau telah memperolehi hak milik tanah setelah melangsaikan segala hutang piutangnya dengan pihak Felda.

(Gambar - Deraman menunjukkan resit pembayaran cukai tanah yang telah dilunaskan (kiri) dan penyata pendapatan, yang masih dipotong pembayaran untuk cukai tanah (CAC))

"Apabila saya boleh geran hak milik tanah, saya membayar cukai tanah kepada pejabat tanah, tapi Felda terus potong dari penyata (pendapatan) saya, sejak tahun 2004 hingga kini,"katanya ketika mengadu kepada wartawan Buletin.

Beliau yang telah menjadi peneroka Felda Tenang dekat sini sejak tahun 1972 menyifatkan Felda sengaja berbuat demikian kerana hanya memikirkan keuntungan.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya pihak pengurusan Felda tahu dan maklum tentang perkara tersebut, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

"Saya sudah beritahu pengurusan Felda di sini dan juga pengurusan Felda di Kuala Lumpur, tapi tak ada apa tindakan yang mereka ambil sehingga kini,"jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan 'salah urus' Felda tidak dapat di perbetulkan lagi kerana terlalu banyak 'penyelewengan' yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan peneroka.

Antaranya fakta yang tidak dijelaskan oleh pihak Felda kata beliau adalah, jumlah sebenar kos kerja-kerja penanaman semula dan jumlah sebenar kos baja, kerja-kerja membaja serta kos kerja-kerja pembersihan ladang.

"Peneroka tak tahu banyak perkara, berapa kos tanam semula, berapa kos baja dan lain-lain, Felda hanya memotong jumlah (tertentu) dalam penyata, peneroka tak tahu berapa jumlah sebenar,"katanya lagi.

Justeru beliau menyeru supaya para peneroka diseluruh negara bangkit untuk menuntut hak mereka. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .