
PUTRAJAYA, 11 Ogos: Kerajaan menarik balik tindakan  menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor  buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan.
Menteri  Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan  memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama  lagi.
Langkah ini adalah kemenangan besar bagi perjuangan  menentang saman ekor yang dibuat oleh rakyat negara ini khasnya dari PAS  sendiri. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar)  bersama rakan-rakannya telah menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Saman  Ekor (Kase) dan bergerak ke seluruh negara bagi menentangnya.
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar)  bersama rakan-rakannya telah menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Saman  Ekor (Kase) dan bergerak ke seluruh negara bagi menentangnya.
Pada  5 Ogos lepas, beliau bersama rakan-rakannya ke pejabat Menteri  Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi berbincang mengenai tindakan  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan  memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman  ekor.
Namun, hanya setiausaha akhbar menteri berkenaan bertemu dengan mereka.
Jawatankuasa  berkenaan juga telah mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam  Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara  sama.
Semalam, 10 Ogos, Kase telah membuat aduan kepada Suhakam bagi meminta badan hak asasi manusia membantu rakyat memperjuangkan hak mereka.
"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.
"Kami  minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan  mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai  untuk perbaharui cukai jalan.
"Kase juga akan tetapkan satu  tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk  berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun memainkan peranan  dalam mengenakan saman ekor ini," kata Mahfuz pada sidang media selepas  mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini 2  Ogos lepas. -Hrkh


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
