Ikuti Blog ini

SARANAN PAKATAN RAKYAT : SABAH MENUJU AUTONOMI?





Sabah menyertai Malaysia 47 tahun yang lalu.45 tahun sebelum Anwar bercita-cita melangkah kaki ke Putrajaya dengan bantuan wakil-wakil di Sabah.Sabah sebenarnya memperoleh kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963 dan kemudiannya menyertai Persekutuan Malaysia 16 hari kemudian.Sejarah telah membuktikan betapa Sabah adalah sebuah wilayah yang kaya dengan hasil bumi sehingga menggamit minat SBUB menguasai Sabah.Pun begitu,entah di mana silapnya,walaupun setelah menyertai Malaysia,Sabah masih gagal mendapat hak sewajarnya daripada kekayaan negeri mereka malah sehingga kini masih menjadi negeri mempunyai rakyat termiskin di Malaysia.Menurut buku Rancangan Malaysia ke-9,Sabah disenaraikan negeri termundur di Malaysia manakala 24 peratus rakyat di negeri tersebut dikategorikan sebagai miskin.


Oleh hal yang demikian,maka wajarlah mengapa pemimpin dan rakyat Sabah mempersoalkan kewajaran mereka terus berada dalam Malaysia.Seperti yang pernah dibangkitkan oleh Dato' Seri Anifah Aman,wakil Kimanis,Jika tiada lagi tempat dalam banglo sekarang (BN), apa salahnya mereka berpindah ke rumah teres (pembangkang). Apa guna kalau duduk di banglo tapi sesetengah orang (saja) yang menikmatinya. Kita dalam banglo pun tinggal di tepi tandas saja," membuktikan betapa Sabah didiskriminasi dalam soal pembangunan.Kini,RMK telah menginjak kepada rancangan ke 10.Pun begitu,masih lagi rakyat Sabah yang masih hidup seperti keadaan pramerdeka tanpa kemudahan yang sewajarnya.Pelik juga,Sabah yang tidak menerima penarikan royalti semestinya mempunyai wang yang banyak bagi membangunkan negeri.Baru-baru ini pula,Jeffrey Kitingan pula menyifatkan betapa tuan rumah "Hari Malaysia" adalah sebuah negeri yang mundur.Maka,jelaslah betapa pembangunan di Sabah tidak akan terlaksana dengan jayanya selagi berada di bawah pimpinan Barisan Nasional yang mengkhianati semangat persekutuan.Bukan sahaja Sabah,negeri-negeri Pakatan sendiri dinafikan hak selaku negeri yang membentuk Persekutuan.Lihatlah betapa Kelantan yang telah 20 tahun dianaktirikan.Ternyata keindahan dan kemajuan Malaysia hanyalah dapat dirasakan di ibu negara Kuala Lumpur.Apa yang menyedihkan,negeri-negeri yang menyumbang hasil petroleum kepada Persekutuan dianaktirikan sedemikian rupa.


Walaubagaimanapun,tawaran Anwar bagi memberi kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya Pakatan menguasai Malaysia adalah suatu tawaran yang agak melebih walaupun pada dasarnya memberikan kebaikan pada Sabah.Ketika melancarkan Pakatan Sabah baru-baru ini,pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berikrar bagi memberikan kuasa autonomi pada Sabah.Dengan ini,Sabah berhak menentukan sendiri hala tuju pembangunan negeri mereka.Jika ini berlaku,ianya memberikan satu lembaran baru kepada sejarah negeri.Bagi pandangan penulis sendiri,Anwar sepatutnya tidak terlalu lebih dalam menawarkan kelebihan tersebut kepada Sabah kerana ianya sama sekali bertentangan dengan semangat Persekutuan.Hal ini kerana negeri dan Persekutuan sendiri sedia maklum akan Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan yang telah termaktub.Kita bimbang sekiranya Sabah berjaya mendapat kuasa autonomi,lain-lain negeri juga akan turut sama mendesak perkara serupa pada Persekutuan.Mungkin jika ditakdirkan PR mentadbir Malaysia tetapi BN masih kekal di Sabah,adakah Anwar sanggup memberikan autonomi pada Sabah sedangkan kita tahu pimpinan BN Sabah adalah tidak boleh diharap?


Secara umumnya,tawaran Anwar kepada Sabah ini jelas menunjukkan betapa Barisan Nasional punya sebab untuk risau di Sabah.Pakatan Rakyat secara terus-menerus memperkukuh kedudukan mereka di Sabah malah kini dilihat sebagai alternatif kepada rakyat Sabah.Kini,sedikit demi sedikit kubu BN ketika PRU 12 dihakis oleh hakisan ombak tsunami politik 2008.Untuk rekod,daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah,22 dikuasai BN,1 DAP dan 2 SAPP(Bebas).Oleh itu,Pakatan Rakyat kini melihat akan perlunya kuasa politik BN dileburkan di Sabah.BN perlu berhati-hati,mungkin mereka boleh memandang sinis sahaja akan isu ini,tetapi pada hakikatnya Pakatan Rakyat terutamanya PKR sudah mula berakar umbi di Sabah.Jangan terkejut bahawa cabang PKR terbanyak adalah di Selangor dan diikuti oleh Sabah!Betapa dalam masa tidak sampai tiga tahun,keahlian PKR Sabah makin berkembang dan cabang-cabang mula ditubuh di hampir semua parlimen.


Apapun,keinginan PKR untuk menguasai Sabah kini makin jelas.Persoalannya,adakah rakyat Sabah akan menerima cadangan dan manifesto PR dalam pilihanraya akan datang.Sesungguhnya Pemilihan PKR 2010 di Sabah perlu menjadi asas kepada pembentukan kepimpinan anak negeri yang boleh memacu Sabah keluar dari kemunduran.Persoalannya,siapakah yang bakal diangkat sebagai calon Ketua Menteri Sabah nanti?Dan ketika ini,penulis kira lebih baiklah kita berfikir semula kewajaran autonomi di Sabah.


ketika angin berpuput,
berarak menuju negeri pergunungan.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .