KEMAMAN  – Tarbiyah dari ibadat berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan yang  lalu menuntut supaya umat Islam berusaha menegakkan syariat serta  kerajaan Islam muka bumi ini.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ketua  Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata, umat Islam pada  hari hidup tanpa pelaksanaan syariat dan kerajaan Islam.
Oleh  itu, beliau menekankan, adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap orang  Islam memperjuangkan dan berusaha menegakkan kerajaan Islam
Menurutnya, tanpa kerajaan Islam pelbagai masalah jenayah serta kemungkaran berlaku dengan tidak terkawal secara berleluasa.
“Tanggungjawab kita (umat) untuk menegakkan kerajaan Islam. Sebab, kita hidup hari ini tanpa kerajaan Islam.
“Oleh  kerana (keadaan) tidak ada kerajaan Islam pelbagai masalah berlaku  dalam masyarakat kita hari ini seperti kes jenayah, bunuh, buang bayi  dan lain-lain,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka dan  Perasmian Pejabat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai,  di  Jalan Air Putih, disini semalam, 17 September.
Sehubungan  itu, beliau yang juga Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat menyifatkan petanda  pemimpin yang ‘jahat’ adalah pemimpin yang tidak bersedia melaksanakan  undang-undang serta syariat Allah SWT.
Malah, katanya pemimpin tersebut juga mengaku Islam tetapi tidak melaksanakan apa yang diperkatakan itu.
“Undang-undang  Islam yang Allah suruh laksanakan dia (pemimpin) tidak laksanakan.  Jadi, sebagai tanda pemimpin itu ‘jahat’, dia (pemimpin) buat apa yang  Allah Ta’ala tidak suruh dan dia (pemimpin) bercakap (Islam) tentang apa  yang dia tidak buat,” ujarnya.
Menurutnya, Nabi Muhamad SAW  telah memberi garis panduan kepada umat Islam sebagai petanda seseorang  itu beriman serta mengikut perintahNya.
Katanya, sesiapa yang  berjihad menentang kemungkaran dengan tangan, lidah (mulut) dan hati  masih tergolong di kalangan orang yang beriman kepada Allah SWT.
Menurut  Ustaz Harun, jika langsung tidak mengambil sikap mencegah kemungkaran  tersebut sama ada dengan tangan, lidah (mulut) dan hatn Rumah Terbuka i  tanda seseorang itu tidak ada imannya.
“Apa garis panduan yang  dibuat oleh Nabi SAW. Sesiapa yang berjihad dan bersungguh-sungguh  (cegah) dengan tangan (kuasa) dia beriman, sesiapa yang  bersungguh-sungguh mencegah dengan lidahnya (mulut) dia beriman dan  sesiapa yang mencegah menentang dengan hatinya (benci) dia beriman.
“Dan  jika sekiranya dengan tangan (kuasa) tidak menentang, dengan mulut  (lisan) tidak menentang dan dengan hati pun tidak menentang. Maka, dia  (seseorang) itu tidak ada iman,” ujarnya.
Oleh itu, katanya  menjadi tanggungjawab kepada umat Islam di negara ini menentang serta  menukar kerajaan yang tidak menegakkan Islam.
Dalam pada itu,  Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi petang semalam  mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang  kepada kejayaan penganjuran Rumah Terbuka terseut.
Beliau  bekata, hampir 5000 orang warga Chukai daripada pelbagai lapisan,  temasuk kaum tionghua hadir ke majlis rumah yang diadakan dari jam 11  pagi hingga 3 petang. -BO


