
Lori tangki asid itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Ia menyebabkan tangki lori berkenaan terhumban ke seberang jalan arah ke Kuala Lumpur dengan asid yang dibawa tertumpah di atas lebuh raya.
Saksi memberitahu, tiga kereta cuba mengelak tangki yang terhumban itu dan melanggarnya.
Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah.