Kempen berkenaan dijalankan oleh lebih 10 orang anggota pergerakan pemuda PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pembeli di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
 Kempen itu diadakan bagi menuntut kerajaan membatalkan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 3 Disember lalu.
Kempen itu diadakan bagi menuntut kerajaan membatalkan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 3 Disember lalu.Risalah berkenaan antara lainnya menyebut "rakyat bantah kerajaan BN kurangkan subsidi dan naikkan harga gas RM1.90 (naik 5 sen), gula RM2.10 (naik 5 sen), minyak ron 95 (naik 5 sen) dan minyak diesel RM 1.80 (naik 5 sen)."
Selain itu, ia turut membangkitkan kesan daripada peningkatan harga barang keperluan berkenaan.
"Apa kesannya? Harga teh tarik naik, tambang bas naik, khidmat kesihatan semakin mahal, yuran sekolah semakin tinggi," kandungan risalah itu dipetik.
Edar risalah lebih berkesan
Ketua  penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman yang mengetuai  program berkenaan berkata, pergerakan itu pada awalnya bercadang untuk  mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan berkenaan, tetapi  kemudiannya memutuskan untuk menjalankan program mengedar risalah  sahaja. "Cukuplah  sekadar kami mengedarkan risalah kerana impak lebih berkesan dapat  (melalui) edar risalah dan menyebarkan maklumat terus kepada masyarakat  berbanding demonstrasi," kata Fadhil lagi ketika ditemui di situ.
"Cukuplah  sekadar kami mengedarkan risalah kerana impak lebih berkesan dapat  (melalui) edar risalah dan menyebarkan maklumat terus kepada masyarakat  berbanding demonstrasi," kata Fadhil lagi ketika ditemui di situ.
Tambahnya,  program itu juga merupakan satu kejayaan apabila kira-kira 2,000  risalah berkenaan berjaya diedarkan dalam program berkenaan.
"Saya  rasa kehadiran anggota polis ramai pada hari ini mungkin mereka fikir  kita akan adakan demo agaknya. (Tapi) mereka tak ganggu kita edar  risalah," katanya lagi dengan berseloroh.
Fadhil  berkata demikian ketika mengulas kehadiran kira-kira lebih 10 orang  anggota polis yang berkawal di luar perkarangan Kompleks Sogo sejak jam  4.15 petang lagi.
3 mahasiswa ditangkap
10  Disember lalu, tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai  perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada  Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak,  gas dan gula. Mereka  yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),  Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia  (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd  Shahruldeen Ahmad Rosli.
Mereka  yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),  Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia  (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd  Shahruldeen Ahmad Rosli.
Ketiga-tiganya adalah  sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di Putrajaya dengan  memakai baju berwarna hitam sambil menjeritkan slogan-slogan seperti  "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul.


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
