Ikuti Blog ini

Kata-kata "Hanya UMNO BN Boleh Perintah" Sudah Berakhir - Mohd Sabu

Hanya Umno BN boleh perintah' sudah berakhir

PENAGA, 23 Dis: Zaman yang mengatakan hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu untuk memerintah negara sudah berakhir dan tidak sesuai lagi digunakan dalam waktu kebelakangan ini.

Umno BN bukan saja sebagai sebuah parti politik yang menyesatkan umat manusia, tetapi juga membawa banyak kerosakan dalam negara terutamanya dalam pembangunan masyarakat.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah beliau dalam majlis ceramah isu semasa anjuran PAS kawasan Kepala Batas di Penaga.

Hadir bersama ialah Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Hussain dan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Muhammad Idrus Ahmad.

Katanya lagi, kebanyakan kes yang melibatkan kerosakan seperti penglibatan rasuah oleh pemimpin komponen BN seperti Khir Toyo, Ling Liong Sik dan banyak lagi yang tidak dibawa ke muka pengadilan adalah antara contoh kerosakan yang dilahirkan.

Tambahnya, selain dari itu berlakunya penganiayaan terhadap rakyat apabila adanya bantahan dan protes bagi menegakkan keadilan.

"Apabila rakyat membuat bantahan kenaikan harga barang dan memprotes maka mereka akan ditembak dengan gas pemedih mata. Rakyat akan dihumban ke dalam sel penjara. Dipukul tanpa perikemanusiaan dan pelbagai lagi bentuk penganiayaan.

"Sekiranya ditimbulkan penglibatan mereka dengan agen Yahudi seperti Apco Worldwide, One Israel dan seumpamanya, maka mereka akan nyahkan dakwaan tersebut dengan menggantung wakil rakyat yang bersuara seperti apa yang berlaku kepada Anwar, Azmin, Karpal dan Sivarasa.

"Ini adalah antara contoh terkini yang amat ditakuti oleh Umno BN apabila banyak pendedahan dibuat. Jika boleh mereka mahu rakyat diam dan angguk saja dengan apa yang korup dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini," ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih menggerunkan Umno BN apabila DAP baru-baru ini melalui pengerusinya, Karpal Singh telah memberi sokongan kepada PAS untuk membincangkan pembentukan negara Islam.

Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Ahad lalu berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .