 PAS  Johor yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang  pada pilihan raya kecil  nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor  Dzulkefly Ahmad.(Gambar - paling kiri)
PAS  Johor yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang  pada pilihan raya kecil  nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor  Dzulkefly Ahmad.(Gambar - paling kiri)
Beliau dipetik Bernama  berkata keyakinan ini berdasarkan trend semakin ramai pengundi memilih  parti itu sejak pilihan raya umum ke-12 lalu.
“Jumlah undi yang  diperoleh calon PAS Mohd Saim Siran meningkat dari 2,138 undi pada  pilihan raya umum ke-11 kepada 3,875 undi pada pilihan raya umum ke-12  yang lalu, jadi kita yakin mampu menawan Tenang pada PRK kali ini,”  katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Komposisi pengundi di Tenang ialah 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.
Keadaan  itu hampir serupa dengan komposisi pengundi di dua kerusi yang  dimenangi PAS pada PRU-12 yang lalu iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai  Abong, tambah beliau.
“Mengambil senario pengundi Cina masih  bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, maka fokus gerak kerja PAS adalah  untuk meningkatkan undi daripada pengundi Melayu dan India,” kata  Dzulkefly.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian  wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, 59  akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di  Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur Jumaat lepas.
Esok, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRK DUN Tenang. 
Dzulkefly  berkata bagaimanapun kemenangan PAS nanti tidak akan menjejaskan  kekuasaan BN di Johor, namun ia akan menambah suara pembangkang di DUN  kepada tujuh yang ada, dua PAS dan empat DAP.
Ini katanya akan  mewujudkan konsep keseimbangan yang berkesan agar setiap keputusan yang  dibuat kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan kesan yang baik dan  menguntungkan rakyat.
Beliau berkata isu yang akan dibangkitkan  PAS pada PRK itu antaranya rasuah, kelemahan urus tadbir negeri dan  peningkatan jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajan pusat.
Mengenai calon, Dzulkefly berkata lima individu telah disenarai pendek untuk kelulusan PAS Pusat.
Calon  itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima  penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan  berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa  mengira agama, bangsa dan fahaman politik.


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
