Bayangkan.. lori pasir tayar sepuluh yg penuh sarat dg muatan pasir menghempap 2 beranak yg sedang menunggang motosikal di simpang empat lampu isyarat.. dua beranak ini sedang menunggu lampu isyarat hijau untuk membelok ke arah kanan,tiba-tiba dilanggar lori yang beratnya beribu-ribu tan, dan lori terbalik ke atas mereka… bukan setakat motosikal,2 biji kereta juga turut hancur..dashatttt,Dashattt… keadaan yang dahsat dan amat2 mengerikan… nak gambarkan keadaan mayat dua beranak itu memang tidak tergambar oleh sesiapa sahaja yang melihatnya tadi, kalau perhati betul2 gambar di atas kita akan nampak mayat Allahyarham Siti Aisyah berada tepat di bawah rim lori …tayar sudah tercabut.. gambar ibunya saya tak sanggup untuk paparkan di blog ini…
saya sempat merakam gambar2 ini semasa pulang mengambil anak di asrama Maahad Tahfiz Pulau Condong…
Pelajar maut bersama ibu selepas ambil keputusan PMR
KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang pelajar yang dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mengambil keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dihempap lori pasir di lampu isyarat Kok Lanas dekat sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, lori tersebut turut menghempap tiga buah kereta. Bagaimanapun, penumpang serta pemandu tiga kenderaan terbabit terselamat.
Siti Aisyah Zakaria, 15, dan ibunya, Aziza Musa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dihempap lori tersebut yang keluar dari simpang arah Selising ke Machang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman berkata, kejadian berlaku ketika Aziza menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Maahad Shamsul Maarif (P) yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya selepas mengambil keputusan PMR yang diumumkan hari ini.
Allahyarham Siti Aisyah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR.