Ikuti Blog ini

Kenaikan Tarif Elektrik: Petanda BN Akan Ditumbangkan Rakyat

Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .