
Mesej di konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas hari ini adalah jelas: Tiada masa lagi yang harus dibazirkan untuk menyelamatkan negara daripada kerosakan yang dilakukan Umno dan beri mandat kepada Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya dan memulihkan keadilan dan demokrasi di Malaysia.
 Dalam  ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim  Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden  PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar  untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.
Dalam  ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim  Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden  PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar  untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.Dalam  ucapannya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengumumkan program  100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan  di bawah pentadbiran Pakatan.  Program itu merupakan  resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana  Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.   Pemimpin  Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan  dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin  Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan  dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang. 
Sebelum  itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno 'merampas'  Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.  Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan  mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.  Namun,  tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga  menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti  dilindungi.   Lim,  yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab  Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan  bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah  kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.
Lim,  yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab  Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan  bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah  kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.
Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua  umum PKR, Datuk Seri Anwar  Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri  Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi  kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang.  Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan  Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk  Azizan Abdul Razak dan  wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz  Nik Mat.  Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang.   Malam  tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan  ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.
Malam  tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan  ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.
 Wan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut.  Sementara  itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah  melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain  dibenarkan untuk diamalkan secara aman. -M'kini
Wan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut.  Sementara  itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah  melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain  dibenarkan untuk diamalkan secara aman. -M'kini


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
