
KEPALA  BATAS, 19 Dis. :   Kira-kira jam 9.30 pagi, lagu Negaraku berkumandang di  Dewan  Millenium  Kepala Batas. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat   bersama-sama  dengan perwakilan sama-sama bernyanyi dan menghayati lagu   Negaraku  dengan penuh semangat.
Setahun sudah berlalu.  Terdahulu   konvensyen pertama Pakatan Rakyat diadakan di Dewan Majlis  Bandaraya   Shah Alam (MBSA), Shah Alam,
Konvensyen kali ini  dihadiri oleh   1,800 perwakilan yang dijangka akan mempersiapkan semua  pemimpin dan   penyokong menuju Putrajaya.
Majlis pagi ini akan  bermula di luar   dewan dengan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di  Malaysia iaitu   silat, tarian naga dan silamban.
Kini sedang berlangsung ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,
Seawal    jam 8.00 pagi lagi, kelihatan para perwakilan dari seluruh Malaysia    membanjiri Dewan Millenium ini. Kaunter pendaftaran juga penuh sesak.
Wakil media juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama membuat liputan.
Difahamkan    fokus akan diberikan kepada dua perkara utama iaitu cerita    kejayaan-kejayaan negeri di bawah pentadbiran Pakartan Rakyat dan    mempersiapkan gagasan itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.
Konvensyen bertemakan 'Ubah Sekarang' menyaksikan setiap parti menghantar 600 wakil dari parti masing-masing.
INFO: Sekarang LIVE: Siaran Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2, Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang @http://www.tvsnews.net/live/channel2


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
