Heavily armed police escort radical cleric Abu Bakar Bashir (C) at South Jakarta prosecutors office on December 13, 2010 as the alleged spiritual leader of Indonesian jihad, or holy war, was transferred from his prison where he has been on remand since August. Indonesian prosecutors promised a swift trial of radical cleric Abu Bakar Bashir after police charged him with inciting others to commit terrorist acts, a crime carrying the death penalty.
Ulamak Tersohor Abu Bakar Bashir hadapi tuduhan bawa hukuman mati
JAKARTA – Pendakwa raya Indonesia memberi jaminan guru agama radikal, Abu Bakar Bashir akan dibicarakan dengan segera selepas polis hari ini mendakwanya menghasut orang lain melakukan keganasan, jenayah yang membawa hukuman mati.
Abu Bakar, 71, dihadapkan ke mahkamah hari ini dengan kawalan ketat untuk mendengar pendakwaan terhadapnya.
“Kami mahu membicarakannya dengan cepat,” kata ketua pejabat pendakwa Jakarta Selatan, Mohammad Yusuf kepada pemberita.
Berpuluh-puluh anggota polis bersenjata lengkap dan dua kereta perisai digunakan semasa membawa Abu Bakar ke pejabat pendakwa raya dari penjara di mana dia ditahan reman sejak Ogos lepas.
Menurut kertas pendakwaan, Abu Bakar dituduh melakukan beberapa jenayah mengikut undang-undang antikeganasan, termasuk menyediakan dana untuk kegiatan pengganas dan menggalakkan orang lain melakukan keganasan, berhubung kem latihan militan yang ditemui di Aceh awal tahun ini.
“Dakwaan paling berat ialah dia menghasut orang lain supaya melakukan jenayah keganasan, yang membawa hukuman mati,” kata Yusuf.
Perbicaraan dijangka bermula sekurang-kurangnya dua bulan lagi.
Abu Bakar tidak membuat kenyataan kepada wartawan tetapi peguamnya berkata, dia menafikan tuduhan terhadapnya dan tidak akan menandatangani kertas pendakwaan. – AFP