Terkenang akan ulama-ulama muda yang masuk UMNO dengan begitu bersemangat sekali. Lihat apa ulama muda UMNO kata : 
1. “Banyak perbincangan telah  dibuat (mengenai persetujuan untuk  menyertai UMNO), cuma kita berharap  penyertaan ini akan dapat  menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan yang  sedia ada dalam parti."
2. “Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk  mendekati dan membina jati diri golongan muda.” 
3. "Mereka menyertai  UMNO  berikutan janji parti itu untuk memastikan pihak ilmuwan dapat   meneruskan kerja-kerja dakwah mereka." 
4. “Tawaran seperti ini memang  dinantikan oleh sesiapa sahaja. Sebagai  seorang penuntut ilmu dan  pemberi ilmu memang menjadi tanggungjawab kita  untuk menyampaikan ilmu  kepada masyarakat.” 
5.  "Penyertaan mereka juga membolehkan kumpulan itu memberi cadangan  kepada  UMNO mengenai penambahbaikan program-program keagamaan yang  sedia ada."
  6. “Ini sedikit sumbangan ke arah membina masa depan yang baik. Mereka   masuk UMNO sebab diberikan ruang berdakwah yang luas dan kemas." 
Namun, sehingga kini kita tidak  nampak peranan yang dimainkan oleh para ulama muda UMNO ini dalam  memperbaiki UMNO. Mana pergi usaha-usaha dakwah mereka. Ada mereka  diberi peluang oleh UMNO seluas-luasnya untuk berdakwah ? Masuk TV, jauh  sekali..!
Sebaliknya, Imam Muda Astro  sudah mula mengorak langkah berdakwah menarik golongan muda melalui  pelbagai rancangan melalui Astro Oasis seperti rancangan "Soal Asyraf", "Musafir", "Famili Sarjana ", dan lain lagi.
Jelas, rancangan kendalian  Imam-imam Muda Astro semakin mendapat perhatian ramai terutamanya  anak-anak muda dengan gaya penampilan yang bersifat kontemporari. 
Kita dapat rasakan kelemasan  para ulama muda di dalam UMNO yang kita percaya terpedaya oleh  janji-janji pemimpin UMNO. Mereka dikurung dalam kepompong UMNO yang  hangit sehingga dinafikan peranan mereka.
Mereka hanya layak sebaga tukang kipas kepada apa sahaja tindakan pimpinan UMNO seperti isu busana muslim Rosmah.
Syabas kepada Imam Muda Astro yang mengorak langkah gagah menyebarkan dakwah kepada golongan muda.
Kesimpulannya, ulama muda UMNO kalah, Imam Muda menang.



 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
