 Media  cetak pengampu umno-apco yang mencatatkan kerugian pra-cukai lebih RM10  juta, nampaknya masih terus berusaha untuk menggandakan jumlah kerugian  dengan sengaja mencipta isu-isu sensitif yang melibatkan agama Islam.
Media  cetak pengampu umno-apco yang mencatatkan kerugian pra-cukai lebih RM10  juta, nampaknya masih terus berusaha untuk menggandakan jumlah kerugian  dengan sengaja mencipta isu-isu sensitif yang melibatkan agama Islam.
Utusan mempergunakan isu agama untuk meraih simpati masyarakat Islam sedangan majoriti masyarakat Islam telah menolak fahaman ekstrem yang cuba dibawa Utusan.
 Utusan  sanggup bersusah-payah mencipta isu remeh-temeh untuk menghalang  kesediaan masyarakat bukan-Islam untuk memahami dan bergaul dengan umat  Islam. Sebaliknya Utusan akan diam membisu sekiranya puak islam umno  melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.
Utusan  sanggup bersusah-payah mencipta isu remeh-temeh untuk menghalang  kesediaan masyarakat bukan-Islam untuk memahami dan bergaul dengan umat  Islam. Sebaliknya Utusan akan diam membisu sekiranya puak islam umno  melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.
Baju ketat: Keluarkan senarai 'OK tak OK', kata Teo
Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching  yang dihurung kontroversi terbaru  berhubung isu pakaiannya di  perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari  ini meminta satu senarai  pantang larang disediakan berhubung perkara  itu.
Wakil rakyat  DAP itu berkata, ini kerana, hampir  30 tahun tinggal di Malaysia,  berdasarkan pelbagai persoalan sekitar  umat Islam dan bukan Islam,  beliau menjadi semakin keliru.
"Sama  ada orang bukan Muslim  boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim  boleh masuk perkarangan  masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca  Quran? Sama ada orang  bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya  bertalu-talu. "Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk   menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN   ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua   warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.
"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk   menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN   ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua   warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.
Utusan Malaysia hari   ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan   lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya,   Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama   jemaah masjid. Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu  itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di   Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang   mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.
Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu  itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di   Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang   mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.
Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga   dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh   menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara   sambutan Maal Hijrah.
Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama
Menulis di laman Facebook  beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai   saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20   Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."
"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah   penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah   perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang   tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.
Mempertahankan   tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP   menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan   merapatkan hubungan antara komuniti.
"Sudah banyak  kali saya  lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri  di  perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri   majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid   apabila dijemput?"
"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.
Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.
"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu. -M'kini


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
