Jurucakap GMUKM yang juga Pengerusi Gerakan Mahasiswa Lantang Negara, saudara Fadhlan bin Sugiman berkata, "Setakat   kini (daripada) maklumat yang kita peroleh daripada 'front-front' sama   ada di Bangi, Cheras dan KL (Kuala Lumpur) mendapat respon yang  positif.
" Mobilasi ahli-ahli daripada GMLN, AKSIS, MAMPU, KAMI dan di segenap lain-lain   kawasan telah memberikan jaminan bahawa kita mampu mengumpul dan   menghantar seramai kira-kira 250 hingga 300 mahasiswa. Itu tidak   termasuk mahasiswa-mahasiswa yang tidak respon dan berdaftar dengan kita   lagi. Tetapi jika masih ada mana-mana mahasiswa yang ingin menyertai   himpunan ini juga masih dapat mendaftar dengan kami melalui Facebook.
"  Kita percaya dengan  semangat azam tahun baru di dekad baru ini; 2011  ini akan menyuntik dan  memberi sedikit sebanyak semangat yang baru yang  sinergi dan mantap.  Kita percaya, sebagai salah sebuah universiti yang  agak senior, jumlah  seramai 250 atau 300 bukan sekadar itu sahaja,  tetapi akan bertambah  dalam sedikit masa lagi, " tambah beliau lagi.
Dalam  pada itu, pengarah  program himpunan ini, saudara Mohd Ezuan Saad,  himpunan yang bakal  disertai lebih daripada 50 buah institusi pengajian  tinggi awam mahupun  swasta itu dan diharap akan dapat membawa  mahasiswa turun ke lapangan  masyarakat serta memainkan peranan penting  dalam pemerintahan negara.
"Himpunan  ini  diharapkan dapat berperanan sebagai medan kapada setiap mahasiswa  di  seluruh negara untuk tampil dengan wajah dan nafas baru yang lebih   dinamik pada tahun baru 2011.
" (Di  peringkat)  kami mahu para mahasiswa terus memainkan peranan yang  dominan di dalam  masyarakat serta politik dalam negara kita," ujar beliau lagi.
Sementara  itu pula menurut  jurucakap GAMIS, saudara Ahmad Shukri Kamarudin  berkata, program lima  jam tersebut bermula seawal pukul 8.30 pagi itu  bertujuan memberikan  mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan  masyarakat.
Program ini juga antara lain telah menggariskan beberapa buah objektif yang ingin dicapai seperti;
i. Menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme
 ii. Merangka deklarasi Mahasiswa  Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011
iii. Memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia
 iv.   Memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang   dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap   Negara.
Menurut  saudara Ahmad Shukri  lagi, program itu akan diisi dengan acara melakar  kain rentang  bertemakan Jalur Gemilang, Pidato Mahasiswa 'berantai'  dan  pengisytiharan Deklarasi Mahasiswa 1.1.11



 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
