Ikuti Blog ini

Guru dakwa dianianya kerana sokong PR


Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 27 jan: Seorang guru mendakwa dianiayai oleh guru besarnya apabila ditukarkan serta merta dan markah prestasi tahunannya yang dinilai rendah hanya kerana menjadi penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Guru terbabit yang menemui Harakahdaily di sini berkata, penukaran serta merta (Redeployment) itu biasanya dikenakan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tetapi oleh kerana beliau secara jelas menyokong PR, opsyen sepertinya yang tiada kena mengena pula yang dikenakan tindakan tersebut.

Tambah beliau yang enggan disiarkan namanya, markah prestasi yang rendah diberikan kepadanya juga mengakibat beliau akan menghadapi kesukaran mendapat biasiswa atau kelulusan Kementerian Pelajaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Sudahlah diberi beban tugas yang banyak, tapi dengan nilai prestasi yang rendah berkemungkinan sukar untuk naik pangkat, kehilangan peluang mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) dan akhinya akan menjejaskan kerjaya sebagai guru jika diberi statik.

“Pada saya sikap guru besar yang seperti ini adalah Little Napoleon yang suka menunjukkan kuasa kerana saya boleh buktikan bahawa guru-guru yang pro-Umno secara terang-terangan aktif berpolitik di peringkat bahagian tetapi tidak diapa-apakan,” katanya.

Beliau selanjutnya menggesa PAS serius membela nasib guru jika mahu disokong kerana kelompok tersebut merupakan paling ramai dalam perkhidmatan kerajaan iaitu lebih 400,000 orang.

Tambahnya, guru terpaksa berdepan dengan tekanan ramai ‘Little Napoleon’ daripada pentadbir sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hinggalah kepada Kementerian Pelajaran.

“Inilah sebabnya kadang-kadang guru yang menyokong PR terpaksa menyembunyikan identiti,” tambahnya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .