 SHAH  ALAM 6 JAN : Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud  mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor  sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas  Pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan  negeri bagi mengisi jawatan tersebut.
SHAH  ALAM 6 JAN : Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud  mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor  sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas  Pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan  negeri bagi mengisi jawatan tersebut.
Ahli Parlimen Shah Alam  Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa  pengetahuan Menteri Besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor  memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.
Keputusan itu juga tidak  dimaklumkan oleh Ramli kepada Menteri Besar dan EXCOnya yang  bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.
Khalid berkata Datuk  Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan  seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri  sebagai  Setiusaha Kerajaan Negeri.
"Apa yang terhasil sekarang ini ialah  untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang  didalangi kerajaan pusat  Barisan Nasional. Ini adalah pemainan politik  jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan  negeri," kata Khalid.
Dalam sidang akhbarnya,  beliau memberi  urutan peristiwa  yang mendedahkan  peranan Datuk Ramli dalam  menghasilkan  Datuk Khusrin sebagai SUK baru dengan perkenan Istana  Selangor. 
"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada  Menteri Besar oleh Jawatan Kuasa yang telah ditubuhkan.  Pada hari itu  juga,  apabila tiga nama ini telah dikenal pasti,  pihak Datuk Ramli   nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada  Istana tanpa memberitahu kepada Menteri Besar . (Ramli) memberi senarai  nama yang lain, (dengan)  nama yang pertama ialah Datuk Khusrin," kata  Khalid.
Datuk Ramli menghantar surat itu kepada Istana Selangor tanpa memaklumkannya kepada Tan Sri Khalid, tegas Khalid.
"Pada  10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli,  Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin, "  kata  Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh  Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani.
Khalid berkata  Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang  memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada  Menteri Besar mahupun  EXCO kerajaan negeri.
"Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco  dijalankan,  Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan  diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah  tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk  Munir pada 10 Disember," kata Khalid.
Khalid berkata sehari  selepas mesyuarat EXCO itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang  disenarai pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah  pun  membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Datuk Ramli.
"Pada  17 Disember, MB hantar 3 nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan  negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan" dengan  perkenankan pelantikan Khusrin," katanya.
Khalid berkata Datuk Ramli jelas memainkan peranan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.
"Apa  yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik  yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk  Munir tetapi  berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak  diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau  duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi.  - tvselangor


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
