Manakah  yang lebih mulia? Rempit atau edar risalah? Itulah yang terjadi di  Melaka yang mana pihak polis lebih rela menangkap penyebar risalah  peringatan tentang kezaliman kerajaan berbanding mat rempit yang  merempit membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Ditangkap edar risalah
 Seramai tiga orang telah  ditangkap ketika mengedar risalah mengenai kedurjaan kerajaan Melaka  menghabiskan wang rakyat. Balaci tunggangan kali ini adalah pihak Majlis  Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang telah membuat laporan kepada  pihak polis akan penglibatan pihak tertentu menyebar risalah.
Seramai tiga orang telah  ditangkap ketika mengedar risalah mengenai kedurjaan kerajaan Melaka  menghabiskan wang rakyat. Balaci tunggangan kali ini adalah pihak Majlis  Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang telah membuat laporan kepada  pihak polis akan penglibatan pihak tertentu menyebar risalah.Bukan itu sahaja, pihak yang  mengedar risalah turut dihalau dari tempat berlangsungnya sambutan tahun  baru 2011 di Dataran Ayer Keroh. Mereka buat ini seperti bapak mereka  yang punya. Mereka menghalau seperti Dataran tersebut adalah milik UMNO  sedangkan adalah untuk orang awam.
Mereka begitu takut sehinggakan  menggunakan pihak polis untuk menangkap mereka yang tidak memberi  ancaman kepada rakyat sedangkan mat rempit dibiarkan bermaharajalela  dijalanan serta mengganggu ketenteraman awam yang boleh mengundang padah  kepada pengguna jalan raya yang lain.
Ketiga-tiga yang mengedar  risalah tersebut telah ditangkap kira-kira jam 12.15 tengah malam pada 1  Januari 2011 sempena tahun baru dan telah dibawa ke Balai Polis Ayer  Keroh yang hanya 3 kilometer dari Dataran Ayer Keroh tersebut.
Mereka masih lagi ditahan di  Balai Polis Ayer Keroh untuk diambil keterangan sementara menanti  kedatangan Pegawai Penyiasat dari Melaka Tengah untuk diambil  keterangan.
Rempit depan balai
Pada masa yang sama lebih kurang  jam 3.04 pagi pada 1 Januari 2011 juga ada sekumpulan mat rempit telah  membuat bising di depan Balai Polis Ayer Keroh namun tiada tindakan  telah diambil ke atas mereka. Pihak polis hanya mampu melihat dan yang  penting adalah tahanan politik berbanding kesalahan jenayah yang telah  dilakukan oleh mat rempit.
Di bawah akta apakah pihak polis  menahan mereka yang mengedar risalah? Akta Polis, Akta Hasutan atau  Akta Keselamatn Dalam Negeri? Bagaimana dengan akta untuk mereka yang  merempit? Di sini kita dapat kita simpulkan bahawa penahanan ini adalah  bersifat politik dan bukannya jenayah yang telah dilakukan.
Polis hanya berani dengan mereka  yang tidak bertindak ganas seperti pengedar risalah namun takut akan  keganasan seperti mat rempit yang boleh mengundang padah kepada nyawa  sendiri dan orang awam. Apakah bidang polis sebenarnya? Membanteras  jenayah atau menghapuskan ahli politik? Renungkanlah.


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
