Dalam  kuliahnya Tuan Guru Nik Aziz menyeru supaya jemaah tidak lalai dalam  mendirikan solat. Ini kerana sesiapa yang mendirikan solat dalam keadaan  lalai akan masuk neraka. Lalai yang dimaksudkan ialah melewat-lewatkan  dalam mendirikan solat serta tidak khusyuk.
Tuan  Guru Nik Aziz juga menjelaskan, Al-Quran adalah kayu ukur iaitu panduan  hidup seluruh umat manusia. Walaupun terdapat pelbagi idea dan pendapat  namun Al-Quran patut perlu diutamakan. Sebelum kewafatan Rasulullah  S.A.W, baginda telah berpesan bahawa umat manusia tidak akan sesat  selagi mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.
Tuan  Guru Nik Aziz menekankan bahawa, segala urusan dunia termasuklah  berpolitik perlulah berpandukan Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat  kebahagian dunia dan akhirat. Jika tidak, Allah S.W.T menjanjikan  seksaan yang pedih pada mereka yang ingkar.
Tuan  Guru juga menyeru semua untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya  pahala  sebelum bertemu dengan Allah S.W.T. Pahala hanya boleh diperolehi dari  Allah S.W.T. dengan berbuat 'amal makruf, nahi mungkar'. Di akhir  kuliahnya, Tuan Guru menyarankan semua yang hadir menjaga solat dengan  sebaiknya supaya diterima oleh Allah S.W.T, kerana solat adalah perkara  yang pertama dihisab di akhirat kelak. Jikalau solat melepasi hisab yang  pertama nescaya yang lain akan menuruti.
Seperti kebiasaan gangguan dari pihak luar pasti ada di dalam program anjuran PAS.Addin dapati  beberapa kenderaan yang mencurigakan mundar mundir di hadapan markas  termasuklah kereta peronda Polis dari Tiang Dua. Teringat kata-kata para  alim, 'golongan baik dan jahat sampai kiamat pun tidak boleh bersama'..


