Penyokong UMNO BN nampak begitu seronok dengan pemilihan Penasihat Agama Kepada Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini. Kononnya pemilihan tersebut amat bertepatan sekali untuk membuktikan UMNO pun tidak ketandusan pemimpin agama yang berkaliber untuk menjadi wakil rakyat mereka. Malah mereka berbangga kerana Syed Ibrahim katanya seroang tokoh agama yang cukup disegani dan sering menyampaikan ceramah agam serta tazkirah di beberapa buah masjid sekitar DUN Kerdau sebelum ini.
Beliau juga dikatakan sering muncul dalam rancangan-rancangan agama di RTM Pahang sebelum ini. Malah, kata mereka calon tersebut adalah lulusan Al-Azhar Mesir yang sudah pasti mempunyai pengetahuan agama Islam yang cukup tinggi. Soalnya, pernahkah mereka siasat apakah yang dibuat oleh beliau ketika "gagal menamatkan pengajian" dan berhijrah ke Hadramaut, Yaman suatu ketika dulu. Sedangkan, kawasan itu cukup dikenali sebagai pusat tarbiyah "puak-puak pularisme Islam" di bumi Arab.
Maka, apakah yang dilakukan oleh Syed Ibrahim di sana agaknya?. Apakah beliau belajar agama, atau mempelajari sesuatu ilmu yang bakal merosakkan agama. Ini kerana, jika dilihat kepada perwatakan dan pengetahuan agama yang dimilikinya masakan Syed Ibrahim boleh terjerumus ke dalam parti UMNO yang ternyata berfahaman nasionalisme dan sekular itu?. Inilah yang perlu dikaji dan difikirkan oleh rakyat terutamanya para pengundi Islam di kawasan DUN Kerdau sebenarnya.
Nasihat MB Dulu Jangan Tunjukkan Isyarat Lucah
Sebenarnya, rakyat Pahang terutamanya umat Islam tidak faham apakah tugas beliau sebagai Penasihat Agama MB Pahang itu agaknya. Ini kerana beliau jelas gagal menasihatkan MB Pahang untuk membuat pengasingan wang halal haram Kerajaan Negeri Pahang menurut lunas-lunas agama Islam itu sendiri. Wang hasil judi bercampur aduk dan digunakan secara berleluasa oleh kerajaan negeri Pahang. Malah. wang itu juga digunakan untuk membayar sebahagian gaji kakitangan kerajaan negeri itu sendiri.
Biar pun perkara ini pernah didedahkan berkali-kali oleh pemimpin pembangkang, namun ia dipandang acuh tak acuh oleh puak-puak mereka. Malah, sebagai penasihat agama MB Pahang, Syed Ibrahim juga gagal menasihat MB atau Kerajaan Negeri Pahang untuk membayar hutangnya kepada Syarikat Pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM).
Biar pun sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, namun ia tetap dipermainkan oleh MB Pahang dan disaksikan dengan gelak ketawa oleh Syed Ibrahim. Sepatutnya beliau nasihatkan MB agar membayar hutang tersebut. Malah, Syed Ibrahim juga gagal menasihatkan MB Pahang agar menghalang aktiviti hiburan dan maksiat berleluasa di negeri Pahang ini, hinggakan Kuantan pernah digelar "Hatyai Pantai Timur" satu ketika dulu.
Apa kerja Syed Ibrahim?. Justeru itu sebagai Penasihat Agama MB, maka beliau perlu menasihatkan Adnan Yaakob agar tidak berkelakukan "lucah" di PRK DUN Kerdau ini nanti, seperti yang dilakukan olehnya ketika Pilihan Raya Kecil DUN Sanggang dulu.
[Syed Ibrahim bukanlah ulamak Islam sebenarnya, tetapi lebih kepada ulamak UMNO yang kerjanya mengampu dan menjaga kepentingan periuk nasi mereka. Inilah ulamak akhir zaman yang akan dimurka oleh Allah SWT dan wajarlah rakyat terutamanya pengundi Islam di Kerdau menolak ulamak seperti ini. Jika benar dia berpendidikan agama maka seharusnya dia tidak berada dalam parti sekular seperti UMNO.
Tapi, beliau merelakan dan sanggup bersekongkol pula dengan parti itu. Mahu menasihatkan MB Pahang hal ehwal agama pun gagal, bagaimana harus di mentarbiyah rakyat dan umat Islam di DUN Kerdau nanti. Banyak lagi pendedahan eksklusif akan kami dedahkan selepas ini. Buatlah pilihan yang tepat sekarang, jangan terpengaruh dengan imej agama golongan sekular seperti calon BN ini.
Agama diperdagangkan untuk kepentingan politik semata-mata. Bercakap hanya menggunakan akal fikiran dan tidak berlandaskan tuntutan Al-Quran dan Hadis, maka apakah wajar dia dipilih sebagai wakil rakyat atas gaya dan imejnya yang kononnya tokoh agama itu?] -PahangDaily