Ikuti Blog ini

Minyak Pelincir: Baik Minta RM3 - 4 Juta. Ahli Parlimen Bukan Lekeh Sangat - Johari


Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menegaskan beliau tidak pernah meminta “wang pelincir” RM100,000 daripada “Datuk T” sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin lalu.

Malah wakil rakyat itu menegaskan, beliau tidak meminta insentif untuk mengaturkan lima ahli Parlimen PKR yang lain untuk menonton rakaman video seks.

“Taklah RM100,000, kita ahli Parlimen bukanlah lekeh sangat, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, salah seorang “Datuk T”, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan Johari ada meminta wang “pelincir” berjumlah RM100,000 sebagai wang pendahuluan selepas menonton rakaman video seks itu.

Selain itu, jelas Abdul Rahim, Johari juga meminta wang berjumlah RM1 juta bagi setiap wakil rakyat dari Pakatan Rakyat untuk menonton video seks itu, namun permintaan tersebut ditolak.

“Kami ada tayangkan video seks itu kepada Johari dan beliau mengatakan lelaki dalam video itu adalah Anwar dan minta RM100,000 sebagai pelincir.

“Kemudian beliau minta lagi RM1 juta bagi satu kepala wakil rakyat dari PKR yang beliau bawa, antara enam hingga tujuh orang,” katanya.

Abdul Rahim merupakan salah seorang “Datuk T” yang turut melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang telah menayangkan video seks itu kepada media Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Pada sidang media hari ini, Johari berkata, beliau tidak banyak bercakap kerana takut akan diperangkap dengan merakamkan percakapan beliau ketika dipertontonkan rakaman itu di Hotel Flamingo Isnin lalu.

“Ketika dipertontonkan, saya tidak banyak buka mulut... ada tanya beberapa soalan, tetapi tidak kata apa-apa (yang lain),” katanya.

Johari berkata beliau ada menyatakan persetujuan untuk membawa lima ahli Parlimen masing-masing dua orang bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan tiga yang selalu membangkitkan isu sosial di Dewan Rakyat.

Mereka ialah Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas, Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat) dan Amran Bin Ab. Ghani (Tanah Merah).

Kata Johari, beliau memutuskan untuk membawa Kamarul dan Rashid kerana mereka sudah lama mengenali Anwar dan boleh membezakan daripada segi fizikal dan rupa dengan lelaki dalam rakaman video tersebut.

“Yang tiga lain merupakan mereka yang sentiasa membangkitkan isu-isu sosial di Parlimen dan boleh membuat penilaian wajar tentang dakwaan yang dibuat,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun Johari berkata Abdul Rahim ada menjanjikan bahawa akan membawa beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas segala berjaya dilaksanakan.

“Tan Sri Rahim ada berkata akan membawa saya untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan kesemua soal kewangan akan diambil kira,” katanya lagi.

“Tan Sri Rahim berkata kepada Datuk Shuib, Datuk semua akan diambil kira,” katanya yang turut mempertahankan bahawa apa yang berlaku sekarang sebagai “satu konspirasi.”

Ketika ditanya mengapa beliau dijemput untuk menonton rakaman video itu, Johari berkata, beliau juga masih belum mendapat jawapan.

“Ini soalan yang bagus... isteri saya pun tanya saya mengapa saya dipanggil (tonton video seks),” katanya lagi.

Bagaimanapun jelas Johari, ia kemungkinan kerana beliau rapat dengan kepimpinan Umno.

“Saya sangat rapat dengan kebanyakan menteri khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi... mungkin mereka menganggap bahawa mereka boleh memujuk saya,” kata wakili rakyat ini.

“Dan, kemungkinan mereka berpendapat bahawa saya seorang yang kelihatan ada gaya, yang juga seorang beriman. Kemungkinan mereka mengharapkan bahawa saya akan melompat (keluar PKR) sebaik sahaja nampak wajah Anwar (dalam video seks itu),” jelas beliau.

“Kemudian, kemungkinan mereka mengandaikan bahawa dengan menghormati pak cik saya (Datuk Shuib Lazim), saya akan percaya video itu,” tambah Johari.

Menjawab soalan berkaitan dengan dakwaan Ummi Hafilda Ali bahawa ada 18 lagi pita rakaman, Johari dengan nada sindir berkata, “saya tidak terkejut... mungkin lebih daripada itu, mungkin 300.”

Ditanya sama ada akan menyaman Abdul Rahim berhubung dakwaan tersebut, Johari berkata, beliau tidak ada sebarang hasrat untuk berbuat demikian.

Beliau juga menolak cadangan agar isu semasa ini disiasat oleh sebuah suruhanjaya diraja.

“Tidak perlu, kita ada undang-undang secukupnya... ini kes jenayah. Negara ini dibina dengan undang-undang.

“Ini satu kes terpencil, esok akan ada orang lain buat video macam ini... negara ini akan kucar-kacir, akan jadi anarki,” kata beliau sambil menegaskan, pihak yang mengedar dan mempertontonkan sudah pun mengaku dan tiada sebab tidak boleh diambil tindakan. -TMI

Daripada beberapa pendedahan setakat ini, golongan yang menamakan mereka sebagai Datuk T ini ternyata pembohong besar.

GB dah ulas sebelum ini. GB kata: camkanlah, setiap sesuatu yang tidak benar, akan terlihat banyak percanggahan di dalamnya.

Kalau kita tengok wajah ketiga-tiganya pula, maaf cakap, macam musibat sekor ke sekor.



Itulah wajah tipikal konspirator dari UMNO. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .