Ikuti Blog ini

Pemimpin PAS Kesan Ada Pengundi Luar Ditawarkan Untuk Mengundi Di Merlimau

Merlimau - Beberapa pengundi luar akan digunakan untuk menjadi pengundi di pilihanraya kecil DUN Merlimau, demikian didedahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub di sini petang tadi.

"Daripada maklumat yang kita dapat, diantaranya ialah ada (orang luar) yang ditawarkan menjadi pengundi. Kita melihat hal ini sebagai sesuatu yang serius. Mereka disediakan habuan sekiranya mereka bersedia untuk menjadi pengundi pada 6 hb ini. Jadi saya berharap perkara ini dapat dielakkan untuk menjamin sebuah pilihanraya yang adil dan bersih di Merlimau ini," ujarnya.

Menjawab satu pertanyaan, Salehuddin merasa pelik bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan beliau tidak tahu mengenai kewujudan sebuah NGO misteri yang menamakan diri mereka 1Malaysia di kawasan Merlimau yang bergerak untuk memberikan hadiah-hadiah kepada pengundi-pengundi.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini menyebut pertubuhan itu turut menganjurkan pelbagai jenis program termasuk majlis makan malam dikatakan mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, kewujudan pertubuhan misteri itu dilihat membantu kempen BN dengan menawarkan pelbagai hadiah dalam setiap program yang dianjurkan.

"Bagaimana Ketua Menteri Melaka bleh hadir di program berkenaan tetapi dalam masa yang sama beliau menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang kewujudan NGO berkenaan?" soal Salehuddin.

Selain itu beliau turut mendedahkan bahawa beberapa pemimpin PAS termasuk calon PAS, Haji Yuhaizad Abdullah telah menerima SMS ugutan dari kumpulan yang menggelarkan diri sebagai ‘Geng Jebat Derhaka’.

Ujar beliau, kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) adalah dalang di sebalik penyebaran SMS berbaur ugutan itu.

SMS tersebut berbunyi “Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR (Pakatan Rakyat) yang menjadi pentas memecah-belahkan Melayu, sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di (Kampung) Chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirlah ke ceramah-ceramah PR pada malam ini dan seterusnya... awas keselamatan kenderaan anda tidak terjamin”.

Selain Yuhaizad, turut menerima SMS sama adalah Setiausaha PAS Melaka Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang.

Setiausa Perhubungan PAS, Sdra Harun Mohammad menyatakan:

“Saya yakin ugutan ini datang dari pihak Umno-BN kerana sebelum ini saya pernah menerims SMS dari nombor yang sama berbunyi ‘TPM (Timbalan Perdana Menteri) bayau (bayar) makan minum di Chinchin supaya halal dan dia tak amik (ambil) kesempatan macam (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)... naik haji pun nak free (percuma)... nak orang sponsor (taja)... itu rasuah namanya dan tak ikut sunah nabi... sah ke hajinya?

“Nombor telefonnya sama tapi bila dihubungi tidak dapat,” kata Harun.

Tambah Harun, beliau telah membuat laporan polis berhubung SMS berbaur ugutan itu dan berharap pihak polis akan membuat siasatan segera.

Jelas Harun, beliau menerima SMS tersebut pada pukul 7.20 malam dan membuat laporan polis kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Yuhaizat dan calon BN, Roslan Ahmad yang merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .