Ikuti Blog ini

Video seks: Anwar tak perlu sumpah al-Quran

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/TGHAlancartelukpasu.jpgPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah atas al-Quran bagi membuktikan beliau bukan lelaki yang didakwa dalam rakaman video seks melibatkan seorang wanita, yang didedahkan semalam.

Sehubungan itu kata beliau, hanya Mahkamah Syariah yang boleh meminta Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, agar berbuat demikian.

“Jika anda mahu beliau bersumpah, maka anda perlu mengikut hukum syariah. Hanya mahkamah ini (syariah) yang boleh memutuskan sama ada beliau kena buat sumpah sedemikian.

“Saya minta kes ini didengar di Mahkamah Syariah,” kata beliau merujuk kepada dakwaan terbaru yang dirujuk kepada pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu.

Dalam isu yang sama, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu sebarang tuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu disalurkan menerusi prosedur perundangan sah termasuk hukum syariah jika ia membabitkan seorang Muslim.

Sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan tersebut juga mahu pihak pendakwa dan pembela menyalurkan kes mereka untuk diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunah.

“Dalam hal ini, ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping ikrar daripada individu yang dituduh.

“Tatacara perundangan syariah telah menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan,” kata presidennya Dr Muhamad Razak Idris dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini mengulas laporan pendedahan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.- MI

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .