Apakah ini satu petanda yang mereka juga tidak mahu nasib dan masa depan anak-anak mereka terabai dek kerana kesilapan yang dilakukan sekarang ini. Jika benar dakwaan tersebut maka, ia satu semangat baru untuk rakyat terus menentang projek Lynas ini. Rakyat sebenarnya sudah tidak mahu lagi mendengar helah demi helah MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) yang masih mahu terus mempertahankan projek berisiko itu. Jika barisan peguam-peguam Pahang menyokong tindakan ini, maka sudah pastilah kes ini berpeluang untuk di bawa ke muka pengadilan sama seperti apa yang berlaku di Bukit Merah Perak dulu. Dalam kes tersebut, rakyat akhirnya menang setelah berjuang bertahun-tahun lamanya.
Kilang berkenaan juga telah ditutup atas arahan mahkamah, dan kerajaan terpaksa membelanjakan ratusan juta ringgit untuk tujuan pemulihan kawasan terbabit. Bezanya, apa yang berlaku di Pahang ini kilang berkenaan masih belum beroperasi. Oleh itu, jika ada tindakan mahkamah maka kes Lynas ini akan menjadi lebih menarik dan bakal menggugat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Rakyat mula melihat dan yakin bahawa pemimpin UMNO BN sebenarnya tidak mahu membela nasib mereka dan gagal melaksanakan gagasan 1Malaysia "rakyat didahulukan" seperti yang disarankan oleh PM Najib Razak sendiri.
Bukti Merah, Jikalau tidak kerana peguam, rakyat pasti terus menderita
Gembira, kemenangan berpihak kepada rakyat dalam insiden Bukit Merah
Menurut sumber, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pahang Bar Building di Kuantan. Sesungguh sokongan daripada Pahang Bar Committee diharap akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan rakyat yang tetap mahu membantah projek berkenaan. Semoga dengan ini juga akan menyedarkan Kerajaan Negeri Pahang bahawa suara rakyat harus diutamakan dalam usaha mereka membawa masuk pelaburan berisiko ke negeri Pahang Darul Makmur pada masa yang akan datang]. -pahangdaily