Permohonan pertama adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan dan difailkan di bahagian dagang.
Bagaimanapun awal tahun ini, ia dipindahkan ke bahagian sivil.
Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan itu.
Perkara itu timbul sebagai pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya hari ini.
Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak.

Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.
Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas. -M'kini